Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

SECOND BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE PROVIDES HUMANITARIAN ASSISTANCE AND DISASTER RELIEF IN THE TUTONG DISTRICT

TUTONG, Saturday, 25 November 2023  Active weather in Brunei Darussalam has caused heavy rain and flood to the low-lying areas in the Tutong District, particularly in the vicinity of Kampung Kuala Ungar, Kampung Rambai and Kampung Benutan. The widespread floods has rendered several residential areas and main roads inaccessible.

A total of 15 personnel from Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) were deployed to provide support to the affected residents alongside the District Disaster Management Centre, Fire and Rescue Department, Tutong District Office and Royal Brunei Police Force. 2Bn RBLF had provided manpower and transportation in cooperation with the Community Development Department (JAPEM) to distribute necessities such as bottled water, rice, canned food and light beverages and snacks to affected families.

As Brunei Darussalam is currently experiencing adverse weather conditions, the RBLF will always be ready in rendering assistance, especially to the affected residents in an effort to strengthen the Whole of Government Approach.

 

BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BERI BANTUAN KEMANUSIAAN DAN BENCANA ALAM DI DAERAH TUTONG

TUTONG, Sabtu, 25 November 2023 – Cuaca aktif di Negara Brunei Darussalam telah menyebabkan hujan lebat dan banjir di kawasan tanah rendah di Daerah Tutong, terutamanya di sekitar Kampung Kuala Ungar, Kampung Rambai dan Kampung Benutan. Banjir sepanjang jalan dan perkampungan telah menyebabkan beberapa kawasan perumahan dan jalan utama tidak dapat dilalui.

Seramai 15 anggota dari Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah dikerahkan bagi memberikan bantuan kepada penduduk yang terjejas bersama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tutong, Jabatan Daerah Tutong dan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Polis Diraja Brunei. 2Bn TDDB telah memberikan bantuan dari segi tenaga manusia dan kemudahan pengangkutan serta bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dalam melaksanakan pembahagian keperluan asas seperti air botol, beras, makanan dalam tin dan makanan ringan.

Memandangkan Negara Brunei Darussalam sedang mengalami keadaan cuaca yang tidak menentu, TDDB akan sentiasa bersiap sedia dalam menghulurkan bantuan kepada orang ramai terutama di kawasan yang terjejas bagi memperkukuh Pendekatan Senegara.