Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

FIELD HEADQUARTERS ROYAL BRUNEI LAND FORCE HOSTS SCHOOL AND WORKING VISIT

PENANJONG GARRISON, Thursday, 23 November 2023 – The Field Headquarters Royal Brunei Land Force (RBLF) today hosted a study visit for 14 teachers and 77 students from Sunshine School in the morning, and work visit for 41 staff from Supply Chain Management, Brunei Shell Petroleum in the afternoon. Both visits were held at the Parade Square of Armoured Reconnaissance Squadron (ARS) RBLF, Penanjong Garrison.

The visit began with a brief introduction of RBLF which was held at the Auditorium of the ARS RBLF. Subsequently, the teachers, students and staff were guided through an exhibition at the parade square showcasing the diverse range of military equipment and vehicles used by the ARS, Chemical Biological, Radiology and Explosives, Combat Engineer Squadron and Rifle Company of the Combined Arms Battalion of RBLF. The highlight of the visit was a demonstration of the tactical manoeuvring capabilities of the CVRT Scorpion. The visit concluded with a group photo session.

The visits serve to provide an insight into the specialist units operating within RBLF and play a crucial role in imparting valuable experiences to the public. These visits serve as a unique opportunity to gain a deeper understanding of the capabilities of the RBLF.

MARKAS MEDAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TERIMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN LAWATAN KERJA

PENANJONG GARISON, Khamis, 23 November 2023 – Markas Medan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) pada hari ini telah menghoskan dua lawatan berasingan iaitu lawatan sambil belajar dari Sekolah Sunshine yang melibatkan seramai 14 guru dan 77 pelajar pada sebelah pagi, manakala, lawatan kerja dari Pengurusan Rantaian Bekalan, Brunei Shell Petroleum seramai 41 kakitangan juga dilaksanakan pada sebelah petang. Kedua - dua lawatan tersebut diadakan di Padang Kawad, Skuadron Kereta Perisai Peninjau (SKPP) TDDB, Penanjong Garison.

Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai TDDB bertempat di Auditorium SKPP TDDB. Rombongan lawatan seterusnya dibawa ke Padang Kawad SKPP bagi menyaksikan pelbagai peralatan tentera dan kenderaan kelengkapan pakar yang digunakan oleh SKPP, Unit Pertahanan Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan, Skuadron Jurutera Tempur dan Kompeni Repal dari Combined Arms Battalion. Rombongan juga menyaksikan demonstrasi gerakan taktikal CVRT Scorpion. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Setentunya lawatan seumpama ini memberi peluang kepada masyarakat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai unit - unit pakar yang beroperasi di TDDB termasuk keupayaan sedia ada. Ia juga menjadi pengalaman berharga bagi mereka yang terlibat dalam memahami keupayaan TDDB sebagai salah satu tonggak penting pertahanan negara.