Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

SECOND BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE HELD DONATIONS DISTRIBUTION EVENT TO ORPHANS HOMES

​​

BRUNEI-MUARA, Tuesday, 18 April 2023 – Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) held an event to present donations to orphans from the family of 2Bn RBLF members. The distribution was held simultaneously to the respective recipients' house.


A total of 10 orphans received the donation which was concentrated in Brunei-Muara District. The presentation of the donation in Kampung Lambak Kanan was presented by Major Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Commanding Officer of 2Bn RBLF to the daughter of late Lance Corporal Alimahdy Shahrin bin Ali, Nurul Amalen binti Alimahdy Shahrin. Meanwhile, donations of orphans to other homes were delivered by the Officers Commanding of 2Bn RBLF.​


The donation aims to help alleviate the burden of the family of the orphans and as an initiative to provide a helping hand for Hari Raya celebration.

 




10 ANAK YATIM TERIMA SUMBANGAN DERMA DARI BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

 

BRUNEI-MUARA, Selasa, 18 April 2023 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan derma kepada 10 anak yatim bagi anggota-anggota 2Bn TDDB yang tertumpu di Daerah Brunei dan Muara. Pengagihan sumbangan ini diadakan secara serentak ke rumah masing-masing.

 

Bagi penyampaian derma di Kampung Lambak Kanan, Mejar Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB telah menyempurnakan sumbangan berkenaan kepada anak Allahyarham Las Kopral Alimahdy Shahrin bin Ali iaitu Nurul Amalen binti Alimahdy Shahrin. Manakala, sumbangan derma anak-anak yatim yang lainnya telah disampaikan oleh Pegawai-Pegawai Memerintah 2Bn TDDB.

 

Melalui aktiviti berkebajikan ini, ia dihasratkan agar dapat meringankan lagi beban keluarga penerima dan sekaligus membantu dalam membuat persiapan sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.