Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

SUPPORT BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE OFFICER EMBRACES ISLAM

PULAIE, Friday, 20 January 2023 – Captain Sheril Shahizwan bin Tikom, an officer from Combat Engineer Squadron of Support Battalion Royal Brunei Land Force (CES Sp Bn RBLF) today has chosen and recited his Islamic oath at the Islamic Da'wah Centre, Kampung Pulaie. Present at the ceremony was officers from the Islamic Da'wah Centre as well as family members of the newly convert.

The ceremony began with the recital of verses from the Al-Qur'an and the declaration of Syahadah (declaration of faith) by Captain Sheril Shahizwan bin Tikom, led by an officer from the Islamic Da'wah Centre. This was followed by the gift  presentation from the Islamic Da'wah Centre presented by the family members and concluded with the recitation of Doa Selamat and Closing Doa.

Captain Sheril Shahizwan bin Tikom is the first RBLF personnel to convert to Islam this year and decided to retain his original name for his Islamic name. This goodwill ceremony was hoped to spread the message of Islam among RBAF personnel.

PEGAWAI DARIPADA BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MEMELUK AGAMA ISLAM

PULAIE, Jumaat, 20 Januari 2023 Kapten Sheril Shahizwan bin Tikom, pegawai daripada Skuadron Jurutera Tempur, Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (SJT, Bn Bntu TDDB), pada hari ini telah memilih untuk melafazkan dua kalimah syahadah dan ikrar pengakuan pengislamannya hari ini bertempat di Pusat Da'wah Islamiah, Kampung Pulaie. Hadir dimajlis tersebut ialah Pegawai daripada Pusat Da'wah Islamiah dan ahli keluarga saudara baru.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, diikuti dengan lafaz syahadah oleh Kapten Sheril Shahizwan bin Tikom yang dipimpin oleh pegawai dari Pusat Da'wah Islamiah. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati daripada Pusat Da'wah Islamiah yang disampaikan oleh ahli keluarga saudara baru. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Penutup.

Kapten Sheril Shahizwan bin Tikom merupakan anggota TDDB yang pertama memeluk agama Islam pada tahun ini dan telah memilih untuk menggunakan nama asal beliau sebagai nama Islam. Melalui majlis berkebajikan ini, ia diharapkan supaya akan dapat menyebarkan lagi syiar dakwah Agama Islam di kalangan warga ABDB.