Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
CLOSING CEREMONY OF COMBAT SURVIVAL COURSE SESSION 2021

PENANJONG GARISON, Thursday, 22 September 2022 - The Jungle Warfare Training Branch of the School of Infantry, Royal Brunei Land Force (SOI RBLF) held the Closing Ceremony of the Combat Survival Course at the Lecture Room, Block C, SOI RBLF.

Present as the Guest of Honor (GOH) at the event was the Acting Officer in Command, Officers Development Branch of the SOI RBLF, Major Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar. The Combat Survival Course consisted of a total of 34 participants consisting of 14 members from the Special Forces Regiment Unit, eight members from the Second Battalion RBLF, two members from the Third Battalion RBLF, four members from the Support Battalion RBLF, two members from the Royal Brunei Air Force and four members from the Prison Department, in which the course ran from 15 August 2022 until 22 September 2022.

The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Surah An-Najm Verses 39 to 43 by course particpant, 52068 Lkpl Zulfikri bin Hj Azman. The Course Review was then given by the Acting Head of Department of the Jungle Warfare Training Branch, 1280 Lt Muhd Safwan bin Sufian.  

The presentation of badges and certificates was then given by the GOH to all the participants of the Combat Survival Course followed by the presentation of certificates to the Best Practical Course Participant  which was awarded to Wadar 537 Hj Mohd Fadzil bin Hj Kudil, Best Physical Fitness awarded to 50280 Kpl Ak Abd Rahman bin Pg Isamil, the Overall Best Course Participant was awarded to 17880 Kpl Shahminan bin Sabtu and the Best Practical Course Participant was awarded to 51854 Lkpl Mohd Roslie bin Shuaili.

The ceremony ended with the official closing by the GOH, followed by the recitation of the closing doa and a group photo session.

MAJLIS PENUTUP KURSUS IKHTIAR HIDUP PERTEMPURAN SESI 2022

PENANJONG GARISON, Khamis, 22 September 2022 -     Cawangan Latihan Peperangan Hutan, Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB) telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Ikhtiar Hidup Pertempuran yang bertempat di Bilik Kuliah, Blok C, SI TDDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Pemangku Pegawai Memerintah Cawangan Perkembangan Pegawai, SI TDDB, Mejar Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar. Kursus Ikhtiar Hidup Pertempuran dihadiri oleh seramai 34 anggota yang terdiri daripada; 14 anggota dari Unit Rejimen Pasukan Khas, lapan anggota dari Unit Batalion Kedua TDDB, dua anggota dari Unit Batalion Ketiga TDDB, 04 anggota daripada Batalion Bantu TDDB, dua anggota daripada Tentera Udara Diraja Brunei dan empat anggota daripada Jabatan Penjara yang mana kursus ini berlangsung dari 15 Ogos 2022 sehingga 22 September 2022.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah An-Najm Ayat 39 hingga 43 yang dipimpin dan dibaca oleh peserta kursus, 52068 Lkpl Zulfikri bin Hj Azman. Pengulasan kursus pula disampaikan oleh Pemangku Pengendali Cawangan Latihan Peperangan Hutan, 1280 Lt Muhd Safwan bin Sufian.

Majlis seterusnya diikuti dengan penyampaian lencana-lencana dan sijil-sijil yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis kepada semua peserta Kursus Ikhtiar Hidup Pertempuran dan juga penyampaian sijil kepada Peserta Kursus Terbaik Amali yang disandang oleh Wadar 537 Hj Mohd Fadzil bin Hj Kudil, Peserta Kursus Terbaik Jasmani yang disandang oleh 50280 Kpl Ak Abd Rahman bin Pg Isamil, Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan disandang oleh 17880 Kpl Shahminan bin Sabtu dan Perserta Kursus Terbaik Amali disandang oleh 51854 Lkpl Mohd Roslie bin Shuaili.

Majlis diakhiri dengan penutupan rasmi kursus yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis dan diteruskan dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai.