Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
PROMOTION CEREMONY FOR ROYAL BRUNEI LAND FORCE OFFICERS

BERAKAS GARRISON, Friday, 14 January 2022 - With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, a total of 37 Royal Brunei Land Force (RBLF) Senior Officers and Officers were promoted today in a promotion ceremony that took place at the Officer's Mess, Berakas Garrison.

Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) presented the insignias to the newly promoted RBLF Officers.

Also present at the promotion ceremony were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Services Commanders, Deputy Permanent Secretaries, Senior Officers and Officers of the Ministry of Defence and RBAF as well as families of the promoted officers.

A total of 2 Senior Officers were promoted to Substantive Colonel, 4 Officers to Substantive Major, 1 Officer to Acting Major, 25 Officers to Substantive Captain, 4 Officers to Acting Captain and 1 Officer was Special Commissioned to the rank of Lieutenant.



MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI-PEGAWAI TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Jumaat, 14 Januari 2022 - Atas Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 37 Pegawai Kanan dan Pegawai Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat di Majlis Kenaikan Pangkat bertempat di Mes Pegawai, Berakas Garison.

Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyempurnakan Majlis Kenaikan Pangkat tersebut bagi Pegawai-pegawai TDDB yang diraikan.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Pehin Datu Laila Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB serta keluarga anggota yang dinaikkan pangkat.

Pegawai-pegawai TDDB yang dinaikkan pangkat terdiri daripada 2 Pegawai Kanan dinaikkan ke Kolonel Tetap, 4 Pegawai dinaikkan ke Mejar Tetap, 1 Pegawai ke Pemangku Mejar, 25 Pegawai dinaikkan ke Kapten Tetap, 4 Pegawai ke Pemangku Kapten dan 1 Pegawai di Tauliah Khas ke pangkat Leftenan.