BERAKAS GARRISON, Tuesday, 3rd November 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held a Doa Kesyukuran ceremony in conjunction with its 65th Anniversary celebration simultaneously at Surau PRI, Tutong Camp, Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp, Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison, Surau Al-Quwwah, Bangar Camp, Balai Ibadat Royal Guards Regiment, Sungai Akar Camp and Pulau Baru-Baru Mosque. The main event was held at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison, attended by Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, RBLF Commander, along with RBLF Senior Officers, officers, and personnel.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Yassin and Tahlil continued with Sunnat Hajat Prayer, followed by a congregational Fardhu Asar Prayer. The event then concluded with Doa Kesyukuran and Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
This ceremony is an annual event held to express gratitude for the milestones and achievements accomplished over the year, as well as to honour the dedicated service rendered by RBLF. Furthermore, prayers were sought for RBLF to continue successfully fulfilling its vital role in defending the nation’s sovereignty.














TDDB MENGADAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN KE-65
BERAKAS GARISON, Selasa, 3 November 2026 –Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-65 TDDB secara serentak yang diadakan di Surau PRI, Perkhemahan Tutong, Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut, Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison, Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar, Balai Ibadat Rejimen Pengawal Diraja, Perkhemahan Sungai Akar dan Masjid Pulau Baru-Baru. Hadir bagi majlis utama yang diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB dan turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan TDDB, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil, diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat dan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa KesyukurandanDoa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Majlis ini merupakan acara tahunan yang diadakan bagi menzahirkan rasa syukur atas segala pencapaian yang telah diraih sepanjang tahun dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh TDDB. Selain itu, doa juga dipanjatkan bagi memohon keberkatan agar TDDB terus teguh dalam memainkan peranan pentingnya dalam mempertahankan kedaulatan negara.