REPUBLIC OF SINGAPORE, Tuesday, 03rd November 2026 – Two personnel from Second Squadron, Chemical Biological Radiological and Explosive, Engineer Regiment Royal Brunei Land Forces (2Sqn CBRE ER RBLF), namely Captain Dayangku Nurul Hidayatul Aqilah binti Pengiran Ibrahim and Corporal Nuraini binti Muhammad Suhud, successfully completed the Engineer Commander Course Chemical, Biological and Radiological Defence (ECC CBRD). The course was conducted by the Combat Engineer Training Centre (CETC) at Nee Soon Camp, Republic of Singapore, from 04th September to 03rd November 2026. The eight-week programme was attended alongside Singapore Armed Forces personnel.
The course combined comprehensive theoretical instruction with practical and scenario-based training. It covered familiarisation and acclimatisation with Chemical, Biological and Radiological (CBR) protective equipment, hazard assessment, CBR equipment employment, operational planning, command and control, and response procedures. Participants also underwent theoretical assessments and practical activations based on realistic incidents in simulated operational settings. Through these activities, participants were required to analyse developing situations, manage limited information and resources, communicate effectively, and make timely decisions while maintaining personnel safety and mission effectiveness. The practical exercises also strengthened teamwork, situational awareness and the ability to coordinate CBR response operations under demanding conditions.
The participation of RBLF personnel reflects the Royal Brunei Armed Forces’ (RBAF) commitment to developing professional expertise and strengthening specialised CBR capabilities. The knowledge and experience gained will enhance 2Sqn CBRE ER RBLF’s operational readiness, technical proficiency and ability to respond effectively to CBR incidents, while strengthening unit capabilities and procedures. Furthermore, the successful completion of the course will enhance interoperability and reinforce the longstanding defence cooperation and professional relationship between the Royal Brunei Armed Forces and the Singapore Armed Forces, particularly in the field of CBR Defence.









DUA ANGGOTA DARIPADA 2SKN KBRL RJ TDDB MENGHADIRI KURSUS ENGINEER COMMANDER COURSE CHEMICAL, BIOLOGICAL, RADIOLOGICAL DEFENCE (ECC CBRD) DI REPUBLIK SINGAPURA
REPUBLIK SINGAPURA, SELASA, 03 November 2026 – Dua anggota daripada Skuadron Kedua Kimia Biologi Radiologi dan Letupan, Rejimen Jurutera Tentera Darat Diraja Brunei (2Skn KBRL RJ TDDB), iaitu Kapten Dayangku Nurul Hidayatul Aqilah binti Pengiran Ibrahim dan Koperal Nuraini binti Muhammad Suhud, telah berjaya menamatkan Kursus Engineer Commander Course Chemical, Biological and Radiological Defence (ECC CBRD). Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Combat Engineer Training Centre (CETC) di Nee Soon Camp, Republik Singapura, yang bermula dari 04 September hingga 03 November 2026. Program selama lapan minggu itu telah disertai bersama anggota Angkatan Bersenjata Singapura.
Kursus tersebut menggabungkan pembelajaran teori yang komprehensif dengan latihan praktikal serta latihan berasaskan senario. Kursus tersebut merangkumi pengenalan dan penyesuaian terhadap kelengkapan perlindungan Kimia, Biologi dan Radiologi (KBR), penilaian ancaman, pengendalian peralatan KBR, perancangan operasi, pemerintahan dan kawalan, serta prosedur tindak balas ancaman. Para peserta kursus turut menjalani penilaian teori dan latihan pengaktifan praktikal berdasarkan insiden realistik dalam persekitaran operasi simulasi. Melalui latihan tersebut, peserta kursus dikehendaki menganalisa situasi yang sentiasa berkembang, mengurus maklumat dan sumber yang terhad, berkomunikasi secara berkesan serta membuat keputusan dengan mengekalkan keselamatan anggota dan keberkesanan misi. Latihan praktikal tersebut juga memperkukuh semangat kerja berpasukan, kesedaran situasi dan keupayaan menyelaras operasi tindak balas KBR dalam situasi yang mencabar.
Penyertaan anggota TDDB dalam kursus ini mencerminkan komitmen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam meningkatkan kepakaran profesional serta memperkukuh keupayaan khusus dalam bidang Pertahanan KBR. Pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh akan meningkatkan tahap kesiapsiagaan operasi, kemahiran teknikal serta keupayaan 2Skn KBRL RJ TDDB dalam menangani insiden KBR dengan lebih berkesan, di samping memperkukuh keupayaan dan tatacara kerja unit. Selain itu, kejayaan menamatkan kursus ini akan meningkatkan kesalingoperasian serta mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan dan hubungan profesional yang sekian lama terjalin antara ABDB dan Angkatan Bersenjata Singapura, khususnya dalam bidang Pertahanan KBR.