BERAKAS GARRISON, Thursday, 29th October 2026 – The Capability Development Cell, Royal Brunei Land Forces (RBLF) conducted a Capability Development Study Day for RBLF Officers to enhance Officers and relevant stakeholders’ knowledge and understanding with regards to capability development process in line with the RBLF Capability Management Manual 2026. In attendance for the Study Day was Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, RBLF Chief of Staff as well as RBLF Senior Officers, officers and invited guests, which was held at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison.
The Study Day was conducted in three sessions, whereby the first session involved an introduction to the RBLF Capability Management Manual 2026, which delivered the capability framework, life cycle and governance. The second session involved a sharing session with existing Heads of Integrated Project Teams, whereby participants were shared with lessons, reflections and experiences taken from real-life project management examples. The last session involved a syndicate activity whereby participants apply processes learned and demonstrate their understanding in project management scenarios.
The Capability Development Study Day reaffirmed RBLF’s commitment to continuously enhance knowledge sharing, collaboration with stakeholders and implementing a systematic approach to capability development to strenghten RBLF’s operational effectiveness and readiness.






HARI PENGAJIAN PERKEMBANGAN KEUPAYAAN
BERAKAS GARISON, Khamis, 29 Oktober 2026 – Sel Perkembangan Keupayaan Tentera, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Hari Pengajian Perkembangan Keupayaan yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman di antara Pegawai-pegawai dan pihak-pihak berkepentingan mengenai proses perkembangan keupayaan selaras dengan RBLF Capability Management Manual 2026. Turut hadir ialah Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Ketua Staf TDDB dan disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan TDDB, pegawai-pegawai serta jemputan khas yang berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.
Hari Pengajian ini telah dijalankan dalam tiga sesi, iaitu sesi pertama yang merangkumi pengenalan kepada RBLF Capability Management Manual 2026 dan meliputi rangka kerja perkembangan keupayaan, jangka hayat keupayaan serta tadbir urus. Manakala sesi kedua merupakan sesi perkongsian yang disampaikan oleh Ketua-ketua Integrated Project Team, yang mana peserta-peserta dikongksikan pengajaran dan pengalaman yang telah dihadapi semasa pengurusan projek keupayaan. Sesi terakhir melibatkan aktiviti sindiket yang melibatkan peserta-peserta untuk mengaplikasikan proses dan kefahaman melalui senario pengurusan projek.
Hari Pengajian Perkembangan Keupayaan ini mencerminkan komitmen berterusan TDDB dalam meningkatkan perkongsian ilmu, kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan dan pendekatan perkembangan keupayaan yang sistematik ke arah matlamat untuk memastikan keberkesanan operasi dan kesiapsiagaan TDDB.