NEWS HEADLINES
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Rabu 31 Januari 2018– Dengan Titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) mengalu-alukan pemimpin baru pada hari ini yangmana upacara Serah Terima Tugas telah disempurnakan oleh Mantan Pemerintah TDDB, Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud secara rasminya menyerahkan tampuk pimpinan Pemerintah TDDB kepada Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB yang baru dalam satu peristiwa bersejarah pada 31 Januari 2018 berlangsung di Padang Kawad Berakas Garison.
SAMBUTAN HARI KELUARGA MARKAS TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI DAN KOMPENI MARKAS TDDB SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE-56
KOMPLEKS SUKAN AIR ABDB, SERASA, Ahad 28 Januari 2018 – Sambutan Hari Keluarga Peringkat Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Kompeni Markas TDDB sempena Hari Ulang Tahun TDDB yang ke 56 tahun, telah diadakan di Kompleks Sukan Air Serasa. Ianya telah dipengerusikan dengan jayanya oleh Yang Mulia Kapt Abd Aziz bin Hj Razali, Penolong Pegawai Turus Gerakan Markas TDDB.
SAMBUTAN HARI KELUARGA WARGA BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI YANG KE-56 TAHUN
KAMPONG PENANJONG, Ahad 28 Januari 2018 – Sebagai tanda terima kasih kepada sokongan dan pengorbanan tenaga dan masa keluarga anggota-anggota Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB), satu sambutan Hari Keluarga Sempena HUT TDDB Ke-56 Tahun, telah dipegerusikan dengan jayanya oleh Yang Mulia Kapt Hj Mohd Hisham bin Abdullah Pemangku Ejutan Bn Bantu TDDB yang mana telah dijalankan bertempat di Pantai Pangkalan Pinang, Kg Penanjong.
ACARA HARI KELUARGA PERINGKAT 1BN TDDB SEMPENA HUT TDDB YANG KE-56 TAHUN
BERAKAS GARISON, Ahad 28 Januari 2018 – Hari Keluarga Peringkat Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) sempena Hari Ulang Tahun (HUT) TDDB yang ke 56 tahun telah berlangsung dengan meriahnya bertempat di Mini Stadium, Berakas Garison. Acara tersebut dipengerusikan oleh Yang Mulia Kapten Alimin bin Haji Ahamad, Ejutan 1Bn TDDB.
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA KONTINJEN PASUKAN ASEAN ARMIES RIFLE MEET (AARM) TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Khamis 25 Jan 2018 – Kontinjen Pasukan Penembak AARM Tentera Darat Diraja Brunei telah menerima pucuk pimpinan yang baru. Majlis Serah Terima Tugas Ketua Kontinjen AARM TDDB telah dilaksanakan diantara Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi Bin Haji Hassan Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB selaku Ketua Kontinjen AARM TDDB bermula tahun 2016 hingga 2017 dan menyerahkan tugas kepada Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan Bin Haji Ibrahim, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB selaku Ketua Kontinjen Pasukan AARM TDDB 2018 yang baru. Majlis ini telah berlangsung di Bilik Taklimat Markas Tentera Darat Diraja Brunei.
KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA COMMANDING GENERAL OF THE PHILIPPINE ARMY KE TDDB
BERAKAS GARISON, Rabu 24 Januari 2018– Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menerima Kunjungan Pengenalan dari Tuan Yang Terutama Leftenan Jeneral Rolando Joselito Bautsista, Commanding General of the Philippine Army, bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison.
PERLAWANAN GOLF KLASIK SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE-56 TAHUN
ROYAL BRUNEI GOLF AND COUNTRY CLUB, Ahad 21 Januari 2018 – Acara Perlawanan Golf Klasik Sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) ke-56 Tahun telah diadakan di Royal Brunei Golf Club (RBGC), Berakas.
KEJOHANAN RENANG DAN POLO AIR ABDB 2018
PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat 19 Januari 2018 – Pasukan Polo Air RPK muncul sebagai juara setelah menewaskan pasukan TDDB dengan jaringan 4-0 di Kejohanan Renang dan Polo Air Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2018 di Kompleks Sukan, Perkhemahan Lumut petang tadi.
MAJLIS PENYAMPAIAN PANGKAT BAGI PEGAWAI WARAN – PEGAWAI WARAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TAHUN 2018
BERAKAS GARISON,Khamis 18 Januari 2018 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah meraikan Majlis Penyampaian Pangkat bagi Pegawai Waran-Pegawai waran TDDB bertempat di Mess PW, SSjn & Sjn, Berakas Garison.
KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA ATASE PERTAHANAN KANADA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BERAKAS GARISON, Rabu 17 Januari 2018– Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud telah menerima Kunjungan Hormat daripada Yang Mulia Kolonel Andrew Cleveland, Atase Pertahanan Kanada ke Negara Brunei Darussalam.
MAJLIS KUNJUNGAN PERSARAAN PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PERKHEMAHAN TUTONG, Isnin 15 Januari 2018 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah membuat Kunjungan Persaraan ke Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang berlangsung di Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB), Perkhemahan Tutong.
MAJLIS KUNJUNGAN PERSARAAN PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE PERKHEMAHAN BANGAR DAN PULAU BARU-BARU
PERKHEMAHAN BANGAR, Isnin 15 Januari 2018 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah membuat kunjungan Persaraan ke Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang berlangsung di Perkhemahan Bangar dan Pulau Baru-baru Batalion Pertama TDDB.
HARI BELAJAR PEGAWAI-PEGAWAI TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SIRI 04/2017
BERAKAS KEM, Khamis 11 Jan 2018 – Hari Belajar Tentera Darat Diraja Brunei telah dilaksanakan oleh 1Bn TDDB bertempat di Mes Pegawai Berakas Garison.
PERLAWANAN BRAVO II CHALLENGE KOMPENI B BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PERKHEMAHAN TUTONG, 08 Januari 2018– Perlawanan Bravo II Challenge bagi Kompeni B Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (Komp B 2Bn TDDB) telah dijalankan pada hari Isnin 08 Januari 2018. Sebanyak 5 pasukan yang terdiri daripada Platun 5, Platun 6 dan Markas Kompeni B telah mengambil bahagian di dalam perlawanan tersebut.
SAMBUTAN HARI KELUARGA WARGA BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SEMPENA HUT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI YANG KE-56 TAHUN
PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat 05 Januari 2018 – Sambutan Hari Keluarga Peringkat Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) sempena Hari Ulang Tahun (HUT) TDDB yang ke 56 tahun, telah disempurnakan dengan jayanya oleh Yang Mulia Kapten Pg Mas Sanusi Bin Pg Haji Masuni, Pegawai Memerintah Kompeni B 3Bn TDDB. Tetamu Kehormat Sambutan Hari Keluarga tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan Bin Haji Ibrahim, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB.














