NEWS HEADLINES

LAWATAN DARI SEKOLAH PEGAWAI KADET KE TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

LAWATAN DARI SEKOLAH PEGAWAI KADET KE TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PENANJONG GARISON, Rabu, 06 Jun 2018  – Seramai 54 anggota Pegawai-Pegawai Kadet dari Sekolah Pegawai Kadet (SPK), Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Pengambilan ke-17 telah membuat lawatan ke Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang berlangsung di Batalion Bantu (Bn Bantu) TDDB. Rombongan lawatan tersebut diketuai oleh Yang Mulia Lt Abdul Qahhar bin Hj Mulok, Ketua Platun 1 Pengambilan ke-17.

read more
PERJUMPAAN BERSAMA ANGGOTA-ANGGOTA YANG AKAN MENGIKUTI MISI UNIFIL

PERJUMPAAN BERSAMA ANGGOTA-ANGGOTA YANG AKAN MENGIKUTI MISI UNIFIL

BERAKAS GARISON, Juma’at, 01 Jun 2018 - Perjumpaan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Haji Awang Lampoh, bersama anggota-anggota yang mengikuti Latihan PenyesuaianForce Integration Training (FIT) Kontingen ABDB bersama Malaysian Battalion 850-6 (MALBATT 850-6) dibawah misi UNIFIL telah berlangsung di Markas TDDB.

read more
2BN TDDB MEMBERIKAN BANTUAN BENCANA ALAM

2BN TDDB MEMBERIKAN BANTUAN BENCANA ALAM

KAMPONG BENUTAN, Isnin 04 Jun 2018 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah memberikan bantuan bencana alam di Kg. Benutan, Daerah Tutong. Hujan yang turun secara berterusan disepanjang minggu lepas telah menyebabkan kenaikan paras air yang melimpahi dibeberapa kawasan kediaman dan menjejaskan sebahagian jalan raya yang menjadi laluan utama di kampong berkenaan.

read more
MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HUT ABDB KE-57 TAHUN

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HUT ABDB KE-57 TAHUN

SURAU AL- FA’IZUN BERAKAS GARISON, Khamis 31 Mei 2018 - Tanggal 31 Mei merupakan detik penting bagi penubuhan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan kini menjangkau usianya ke-57 tahun dengan suasana yang penuh berkah yang secara kebetulan jatuh dalam bulan Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini. Bagi memberkati dan menyemarakkan lagi Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB, Majlis Doa Kesyukuran telah diadakan dikesemua surau garison dan perkhemahan.

read more
MAJLIS BERTAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA SEMPENA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-57 TAHUN DAN BULAN RAMADHAN 1439 HIJRAH

MAJLIS BERTAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA SEMPENA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-57 TAHUN DAN BULAN RAMADHAN 1439 HIJRAH

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 29 Mei 2018 - Bersempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (HUT ABDB) ke-57 tahun dan sempena bulan Ramadan 1439 Hijrah yang penuh keberkatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) hari ini telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin, Bertahlil dan Doa Arwah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

read more
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT GARISON SEMPENA HUT ABDB KE 57

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT GARISON SEMPENA HUT ABDB KE 57

SURAU AL – FA’IZUN BERAKAS GARISON, Isnin 28 Mei 2018 - Sebagai memartabatkan pembacaan Al-Quran dikalangan para pegawai serta anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Garison sempena sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ABDB yang ke-57 telah diadakan di Surau Al-Fa’izun Berakas Garison. Majlis tersebut diadakan bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB yang disambut setiap 31 Mei.
read more
PEMERINTAH TDDB MENGHADIRI LANPAC KE-7, 2018 DI HONOLULU, HAWAII, AMERIKA SYARIKAT

PEMERINTAH TDDB MENGHADIRI LANPAC KE-7, 2018 DI HONOLULU, HAWAII, AMERIKA SYARIKAT

HONOLULU, HAWAII, AMERIKA SYARIKAT, Selasa, 22 Mei 2018 – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh ketika ini sedang berada di Amerika Syarikat bagi menghadiri Simposium dan Pameran Tentera Darat Pasifik 2018 yang bermula dari 22–24 Mei 2018. Acara tersebut telah dirasmikan oleh Yang Mulia Jeneral Robert Brooks Brown, Commanding General of the US Army Pacific (USARPAC).  

read more
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI KADET

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI KADET

BERAKAS GARISON, Rabu, 16 Mei 2018 - Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Mulia 52509 Pegawai Kadet Dr Muhammad Nur Azwan bin Arif telah diperkenankan untuk dinaikan pangkat ke pangkat Kapten Tauliah Tetap bermula pada 13 Mei 2018. Majlis Kenaikan Pangkat Pegawai Kadet telah berlangsung di Mes Pegawai Berakas Garison pada pagi ini.

read more
UPACARA SERAH TERIMA TUGAS SARJAN MEJAR REJIMEN

UPACARA SERAH TERIMA TUGAS SARJAN MEJAR REJIMEN

Selasa 15 Mei 2018 - Upacara Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen (SMR) bagi Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Batalion Bantu TDDB dan Khidmat Bantuan Kombat TDDB telah diadakan secara serentak di unit masing-masing.
read more