PENANJONG GARRISON, Thursday 01 NOVEMBER 2018 – The closing ceremony for the Lance Corporal Leadership Course for Royal Brunei Land Force 2018 ended with a closing ceremony which took place at Bilik Mahmud, Evolution Centre, Training Institute, Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF).

Present as the Guest of Honour was Major Zool Addyhamddymee bin Haji Bahmin, Staff Officer Grade 2, Operation and Training, Combat Service Support Headquarters, Royal Brunei Land Force. Also in attendance were officers and senior ranks from Royal Brunei Land Force.

The two-week course took place from 22 October to 02 November 2018 and was conducted by Combat Service Support. The modules for course followed the guidelines outlined by the Evolution Centre, TI RBAF.

The main objective of this course is to instill confidence and improve the ability and skills of the course participants in producing and expressing ideas in order to produce more thinking soldiers in the RBLF.

A total of 25 participants attended the course comprising of 05 personnel from First Battalion, 05 personnel from Second Battalion, 03 personnel from Third Battalion, 05 personnel from Support Battalion, 06 personnel from Combat Service Support and an acting lance corporal from Headquarters Company.

Throughout the course, the participants had been taught on communication skills, effective teamwork and also leadership skills.  The closing ceremony ended with a recital of doa.

MAJLIS PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN LANS KOPERAL TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SESI 2018

PENANJONG GARISON, KHAMIS, 01 NOVEMBER 2018 – Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan Lans Koperal TDDB Sesi 2018 telah berlangsung di Bilik Mahmud, Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Mejar Zool Addyhamddymee bin Haji Bahmin, Timbalan Pegawai Turus, Gerakan dan Latihan, Markas Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei. Turut hadir pada majis tersebut ialah Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan jemputan khas.

Kursus Kepimpinan Lans Koperal TDDB ini telah dikendalikan oleh Unit Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei yang mana ia dijalankan selama dua minggu mulai dari 22 Oktober 2018 hingga 02 November 2018. Kursus ini dijalankan dengan berpandukan kepada mata pelajaran yang telah digariskan mengikut keperluan dan kualiti yang ditetapkan oleh Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan, Pusat Evolusi, IL ABDB.

Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk membuka minda para peserta kursus agar menjadi seorang yang berani dan mampu melahirkan atau menyuarakan idea-idea bernas sepanjang kursus ini dijalankan. Sikap ini perlu ditanam dalam diri peserta kursus agar menjadi anggota tentera yang berkualiti dalam menghasilkan tugasan yang berkualiti yang sejajar dalam visi ABDB iaitu untuk melahirkan angkatan tentera yang cekap, responsif dan efisien dalam penggunaan sumber.

Peserta-peserta kursus in terdiri daripada 25 anggota TDDB iaitu 05 anggota dari Batalion Pertama, 05 anggota dari Batalion Kedua, 03 anggota dari Batalion Ketiga, 05 anggota daripada Batalion Bantu, 06 anggota daripada Khidmat Bantuan Kombat dan juga seorang pemangku Lans Korperal daripada Kompeni Markas.

Di sepanjang kursus ini dijalankan, peserta-peserta kursus telah diajar tatacara berinteraksi yang profesional, bekerja secara efektif dalam berpasukan dan juga mempersiapkan diri untuk menjadi seorang pemimpin dalam kelompok yang kecil. Majlis penutupan kursus ini diakhiri dengan bacaan doa selamat sebelum beredar ke bilik makan untuk menikmati jamuan.