BERAKAS FOREST RESERVE, Thursday 25 October 2018 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Cross Country Competition 2018 was held at Berakas Forest Reserve. More than 200 participants comprised of officers and personnel of the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), Training Institute (TI RBAF), Ministry of Defence and Special Forces Regiment (SFR) participated in the event.
Present as the guest of honour was Yang Mulia Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of RBAF. Also present were the Services Commanders, Commandants and military directors and other RBAF personnel.
Two categories were contested, Open Category by age and the Overall Team Category where all the participants were tested on their endurance while navigating through high grounds, roads and coastal areas. The championship started and ended at Berakas Forest Reserve. The Commander RBAF also participated in the 3km Run with the Service Commanders, Commanders and military directors.
In the individual event, Sergeant Saifol bin Rizal bin Haji Jumat won 2nd place on category 40 years old and above. Meanwhile Sergeant Shaherul Bin Hj Salleh from RBLF won the category for 31 to 39 years old, Private Khairul Jahiruddin Bin Sandin from RBLF won the category for below 30 years and Sergeant Haji Busu bin Haji Nudin won in the 2nd place on top 10 above individual category.
The overall champion was won by Special Forces Regiment while Royal Brunei Land Force and Ministry of Defence came in second and third place respectively.
The RBAF Cross Country Championship 2018 is an annual sport event that aims to encourage the spirit of sportsmanship among the RBAF units, and to inculcate a healthier lifestyle in the RBAF.
KEJOHANAN RENTAS DESA PERINGKAT ABDB BAGI TAHUN 2018/2019
HUTAN SIMPANAN BERAKAS, Khamis 25 Oktober 2018 – Kejohanan Rentas Desa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diadakan di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas. Lebih 200 peserta yang terdiri dari anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan Rejimen Pasukan Khas (RPK) telah mengikuti kejohanan tersebut.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan IL ABDB, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota-anggota ABDB. Pemerintah ABDB juga turut menyertai acara 3km bersama Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan, serta pengarah-pengarah tentera.
Kejohanan Rentas Desa ini mempertandingkan acara berkumpulan dan juga acara terbuka mengikut kategori umur yang mana peserta dikehendaki belari sejauh lebih kurang 10 Km serta menguji ketahanan setiap peserta seperti mengharungi kawasan pantai, jalan raya dan juga bukit bukau. Kejohanan tersebut bermula dan berakhir di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas.
Bagi kategori individu, Kategori 40 tahun ke atas di tempat kedua dimenangi oleh Yang Mulia Sarjan Saifol Rizal bin Haji Jumat. Manakala Yang Mulia Sarjan Shaherul Bin Hj Salleh, TDDB memenangi bagi kategori 31 ke 39 tahun, Yang Mulia Soldadu Khairul Jahiruddin Bin Sandin, TDDB bagi Kategori 30 tahun kebawah dan Yang Mulia Sarjan Haji Busu bin Haji Nudin memenangi tempat kedua bagi Kategori tempat ke 10 keatas Perseorangan.
Juara bagi kategori kumpulan di menangi oleh Rejimen Pasukan Khas, manakala tempat kedua dan ketiga disandang oleh Tentera Darat Diraja Brunei dan Kementerian Pertahanan.
Kejohanan Rentas Desa ABDB adalah acara sukan tahunan yang bertujuan untuk menggalakkan semangat kesukanan di antara unit ABDB, serta untuk memupuk gaya hidup sihat dalam ABDB.

