|
For the Qari category, first place was won by 19631 Lance Corporal Zulizam Bin Zaini while the runner-up prize went to 19217 Lance Corporal Ali Husin Bin Zakari. Both personnel are from Chemical, Biological, Radiological and Explosive unit, Sp Bn RBLF. For the Qariah category, first place was won by 21577 Private Siti Mariatul Tabtiah Binti Garip. The second place was won by 21542 Corporal Sariana Wajihah Hj Sahari. Both personnel are also from Company Headquarters, Sp Bn RBLF. The event was followed with the jury remarks delivered by Yang Mulia Ustaz Haji Shahrul Azrimin bin Haji Bidin in which he stated that all participants were able to recite Al-Quran with good proficiency. The event concluded with prizes presented by the guest of honour, Yang Mulia Lieutenant Colonel Haji Rony Zai Bin Haji Zaini, Commanding Officer, Sp Bn RBLF to the respective contestants as well as the juries. This year’s Musabaqah Tilawah Al-Quran competition was participated by 8 personnel which comprised of 6 Qari and 2 Qariah of Sp Bn RBLF. This year’s annual event was organised by the Combat Engineer Squadron, Sp Bn RBLF. The winners will also be competing in the RBLF Musabaqah Tilawah Al-Quran in conjunction with the RBLF’s 57th Anniversary. |
MAJLIS PERTANDINGAN AKHIR MUSABAQAH TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Rabu 31 Oktober 2018 – Seramai 4 anggota Qari dan Qariah telah ikut serta dalam Majlis Pertandingan Akhir Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Batalion Bantu, Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) berlangsung di Rumah Masak, Bn Bantu TDDB.
Johan Qari menjuarai Pertandingan Musabaqah Tilawah Al-Qur’an Peringkat Bn Bantu TDDB pada tahun ini jatuh kepada 19631 Lans Koperal Zulizam Bin Zaini, manakala naib Johan disandang oleh 19217 Lans Koperal Ali Husin Bin Zakaria. Kedua -dua peserta adalah daripada unit Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan, Bn Bantu TDDB.
Manakala, johan bagi Qariah disandang oleh 21577 Soldadu Siti Mariatul Tabtiah Binti Garip dan naib johan dimiliki oleh 21542 Koperal Sariana Wajihah Hj Sahari. Kedua peserta juga adalah dari Kompeni Markas, Bn Bantu TDDB.
Seterusnya ulasan Jemaah hakim disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Shahrul Azrimin Bin Haji Bidin dimana beliau menyatakan bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran dari para-para Qari dan Qariah adalah pada tahap yang baik.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan hadiah oleh Tetamu Kehormat Majlis iaitu Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Rony Zai Bin Haji Zaini, Pegawai Pemerintah, Bn Bantu TDDB kepada peserta pertandingan dan juga para jemaah hakim.
Majlis Pertandingan Akhir Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei pada tahun ini telah disertai oleh 8 anggota yang terdiri daripada 6 Qari dan seramai 2 Qariah. Majlis tahunan kali ini telah diungkayahkan oleh Squadron Jurutera Tempur Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei.
Pemenang-pemenang tesebut juga akan mengikut serta Majlis Pertandingan Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat Tentera Darat Diraja Brunei sempena Hari Ulang Tahun TDDB yang ke-57.



PENANJONG GARISSON, Wednesday 31 October 2018