Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ROYAL BRUNEI LAND FORCE PLAY A SIGNIFICANT SUPPORT ROLE IN HUMANITARIAN ASSISTANCE AND DISASTER OPERATIONS IN TUTONG AND BELAIT DISTRICT


TUTONG, Friday, 07 May 2021 – After the occurrence of the recent heavy rain causing subsequent flooding and land slide in some parts of the area in Tutong and Kuala Belait area, Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) and Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) have continued to play a significant support role in Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) operations. Among those badly affected were in Hassanal Bolkiah Mosque in Tutong District and Pekan Seria Mosque in Kuala Belait District to which personnel from the 2Bn RBLF and 3Bn RBLF were deployed to provide assistance. 

The aim of this operation was to clear and clean the affected area including the mosque compound area and the area inside the mosque hence it is functional for its religious activities. Among the assistance rendered during the operations include logistics support from Fire and Rescue Department.

Such HADR operations are true reflection of the RBAF's continued commitment in substantially supporting the National Disaster Management Centre, as the nation's lead agency in disaster response, as well as other relevant agencies in rapidly and effectively alleviating such situation. In addition to this, such operations also contribute to fostering good civil-military relations between the RBLF, civilian agencies as well as members of the community. 





TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI HULURKAN BANTUAN OPERASI KEMANUSIAAN DAN BENCANA ALAM DI DAERAH TUTONG DAN DAERAH BELAIT

TUTONG, Jumaat, 07 Mei 2021 – Selepas kejadian hujan lebat menyebabkan banjir dan tanah susur di beberapa bahagian kawasan di Daerah Tutong dan Kuala Belait, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) dan Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah menghulurkan bantuan operasi kemanusiaan dan bencana alam. Antara kawasan yang teruk terjejas adalah Masjid Hassanal Bolkiah, Daerah Tutong dan Masjid Pekan Seria, Daerah Belait di mana anggota dari 2Bn TDDB dan 3Bn TDDB telah dikerahkan untuk memberikan bantuan.

Tujuan operasi ini adalah untuk membersihkan kawasan yang terjejas termasuk kawasan perkarangan masjid dan kawasan di dalam masjid agar ianya dapat kembali diguna pakai untuk aktiviti keagamaan. Antara bantuan yang diberikan semasa operasi termasuk sokongan logistik dari Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Operasi seperti ini mencerminkan komitmen TDDB yang berterusan dalam menyokong Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), sebagai agensi peneraju utama dalam menangani bencana, serta agensi-agensi lain yang berkaitan dalam meredakan situasi banjir dengan pantas dan berkesan. Tambahan lagi, operasi seperti ini turut menyumbang dalam mengeratkan hubungan baik di antara pihak TDDB bersama agensi-agensi awam dan masyarakat.