PENANJONG GARRISON, Friday, 29th November 2024 – The Basic Communication Information System Course 2024 has ended with a closing event held at the School of Infantry, Royal Brunei Land Force (SOI RBLF), Penanjong Garrison. The course was conducted from 13th September to 29th November 2024, participated by 29 personnel from the RBLF, Royal Brunei Air Force, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Special Force Regiment RBAF and the Gurkha Security Unit. Officiating the closing was Lieutenant Colonel Faizal Azly bin Haji Rosli, Commanding Officer of SOI RBLF.
The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Surah Taha verses 110–114 by Private Awangku Mohd Khairul Bahri bin Pengiran Adruman from the Third Battalion RBLF, followed by a course review by the course conductor, Sergeant Salman bin Karim, and the presentation of certificates and awards. Receiving the Overall Best Student Award was Private Awangku Aminor Ariffin bin Pengiran Amir Hamzah from the Royal Guard Regiment RBLF.
The aim of the course is to introduce participants on the fundamental concepts of communication systems and develop their skills in basic signal communication to qualify them as a Signaler. This includes understanding the standard procedures for effective communication in various scenarios.
KURSUS ASAS PERHUBUNGAN SISTEM MAKLUMAT TELAH TAMAT
PENANJONG GARISON, Jumaat, 29 November 2024 – Kursus Asas Perhubungan Sistem Maklumat 2024 berakhir dengan acara penutup yang diadakan di Sekolah Infantri, Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB), Penanjong Garison. Kursus ini telah dijalankan dari 13 September hingga 29 November 2024 yang disertai oleh seramai 29 anggota TDDB, Tentera Udara Diraja Brunei, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Rejimen Pasukan Khas ABDB dan Pasukan Sekuriti Gurkha. Merasmikan acara penutup ialah Leftenan Kolonel Faizal Azly bin Haji Rosli, Pegawai Pemerintah SI TDDB.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Taha ayat 110-114 oleh Soldadu Awangku Mohd Khairul Bahri bin Pengiran Adruman daripada Batalion Ketiga TDDB, diikuti dengan ulasan kursus oleh Sarjan Salman bin Karim selaku pengendali kursus, dan seterusnya penyampaian sijil dan anugerah. Menerima anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan ialah Soldadu Awangku Aminor Ariffin bin Pengiran Amir Hamzah daripada Rejimen Pengawal Diraja TDDB.
Kursus ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan para peserta mengenai konsep asas sistem komunikasi dan membangunkan kemahiran dalam komunikasi isyarat asas untuk melayakkan mereka sebagai anggota semboyan. Ini termasuk memahami prosedur standard untuk komunikasi yang berkesan dalam pelbagai senario.