Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
LAND ENGINEERING COMBAT SERVICE SUPPORT ROYAL BRUNEI LAND FORCE CELEBRATES ITS 41st ANNIVERSARY


BERAKAS GARRISON, Thursday, 01 April 2021 – Land Engineering, Combat Service Support, Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) held a parade in conjunction with its 41st Anniversary at the First Battalion Parade Square, Berakas Garrison. Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Haji Mushiri Zulkhibri bin Haji Awang, Commanding Officer of Land Engineering CSS RBLF. Also present were Officers, personnel and civilians from all units under Land Engineering CSS RBLF and Light Aid Detachments units.

The parade which comprised of 104 personnel from Land Engineering CSS RBLF units commenced with a parade inspection by the Commanding Officer of Land Engineering CSS RBLF accompanied by the Parade Commander, Captain Hisham bin Haji Mahmud. The parade then continued with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Staff Sergeant Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Haji Ahmad from the RBAF Religious Department, followed by a speech from the Commanding Officer of Land Engineering CSS RBLF where he expressed his gratitude, expectations and appreciation towards the development of Land Engineering CSS RBLF. The parade proceeded with the reading of Doa Selamat, photo-taking session and concluded with light refreshments at the Warrant Officer, Staff Sergeant and Sergeants' Mess, Berakas Garrison. 



KEJURUTERAAN DARAT KBK TDDB MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN YANG KE 41

BERAKAS GARISON, Khamis, 01 April 2021  Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) mengadakan upacara perbarisan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Kejuruteraan Darat KBK TDDB yang ke 41 tahun di Padang Kawad Batalion Pertama, Berakas Garison. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Leftenan Kolonel Haji Mushiri Zulkhibri bin Haji Awang, Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat KBK TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai, anggota-anggota dan kakitangan awam Kejuruteraan Darat KBK TDDB serta unit Light Aid Detachments. 

Perbarisan yang terdiri daripada 104 anggota dari unit-unit Kejuruteraan Darat KBK TDDB dimulakan dengan pemeriksaan barisan oleh Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat KBK TDDB yang diiringi oleh Ketua Perbarisan, Kapten Hisham bin Haji Mahmud. Upacara diteruskan lagi dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Staff Sarjan Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Haji Ahmad dari Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan ucapan dari Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat KBK TDDB dimana beliau menzahirkan rasa syukur dan penghargaan terhadap kemajuan Kejuruteraan Darat KBK TDDB. Upacara diteruskan lagi dengan bacaan Doa Selamat, sesi bergambar ramai dan diakhiri dengan menikmati jamuan di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison.