Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

SIX RBLF OFFICERS GRADUATED AT THE 37th UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM CONVOCATION

BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday 13th August 2025  His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Chancellor of Universiti Brunei Darussalam (UBD), consented to grace the 37th Convocation Ceremony of UBD and presented certificates to graduates held at the Chancellor Hall, UBD. His Royal Highness Prince (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office, and the Pro-Chancellor of UBD, also attended the ceremony.

The ceremony was conducted in two sessions whereby His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam presented certificates to graduates of PhD and Bachelor's degree in the morning session, while His Royal Highness the Crown Prince presented certificates to Master Degree, Graduate Diploma and Diploma recipients in the afternoon.  

A total of six officers from the Royal Brunei Land Forces (RBLF), who have completed the Command and Staff Course Royal Brunei Armed Forces (CSC RBAF) 14/2024, were awarded the Graduate Diploma in Defence and Security Studies. They were Major Mohmmad Yusddy Affendy bin Haji Amran, Major Muhammad Khairul Anwar bin Haji Abdul Latif, Major Md Hanis Fakhri bin Haji Bakri, Major Abdul Hazim bin Haji Abdul Rahman, Major Zulazri bin Gapor, and Major Nurhafizah binti Danan.

RBAF has been collaborating with UBD since 2019 as the main academic provider for CSC, which aims to expand the professional and academic knowledge in studying current strategic issues and their impact in the field of defence and security. The RBLF leadership wishes to extend heartfelt congratulations to all officers and personnel for their outstanding achievements. Such graduation is a testament to their individual ability, hard work, and dedication in achieving academic success.

ENAM PEGAWAI TDDB MENERIMA IJAZAH DI MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM KE-37

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 13 Ogos 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah berkenan berangkat menyempurnakan pengurniaan ijazah kepada para graduan di Majlis Konvokesyen ke-37 UBD yang telah berlangsung di Dewan Canselor, UBD. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Pro-Canselor UBD.

Majlis tersebut dilaksanakan dalam dua sesi di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan sijil kepada graduan Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana Muda pada sesi pagi, manakala Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota telah menyampaikan sijil kepada graduan Ijazah Sarjana, Diploma Lepasan Ijazah dan Diploma pada sebelah petang.

Seramai enam pegawai dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah berjaya menamatkan Kursus Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 14/2024 dan telah dianugerahkan Diploma Lepasan Ijazah dalam Pengajian Pertahanan dan Keselamatan. Antara penerimanya ialah Mejar Mohmmad Yusddy Affendy bin Haji Amran, Mejar Muhammad Khairul Anwar bin Haji Abdul Latif, Mejar Md Hanis Fakhri bin Haji Bakri, Mejar Abdul Hazim bin Haji Abdul Rahman, Mejar Zulazri bin Gapor dan Mejar Nurhafizah binti Danan.

ABDB telah berkerjasama dengan UBD sejak tahun 2019 sebagai pembekal akademik bagi Kursus Maktab Turus yang bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan profesional dan akademik dalam mempelajari isu-isu strategik pada masa kini serta impaknya dalam bidang pertahanan dan keselamatan.  Pihak kepimpinan TDDB ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai dan anggota atas pencapaian cemerlang mereka dan pengijazahan tersebut adalah bukti keupayaan, kegigihan dan dedikasi individu dalam mencapai kejayaan akademik.