BANGKOK, THAILAND, Rabu, 10 June 2026 – Major Abdul Rahim bin Haji Adris, Commanding Officer of the Engineer Regiment, Royal Brunei Land Forces (RBLF), together with representative from the Ministry of Health and Ministry of Primary Resources and Tourism, had represented Brunei Darussalam in the Sub Regional Workshop on National Implementation of the Biological Weapons Convention (BWC) in Southeast Asia, held from 8th to 10th June 2026 at the United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (ESCAP) in Bangkok, Thailand. During the workshop, Major Abdul Rahim delivered a presentation entitled “National Implementation of the Biological Weapons Convention in Brunei Darussalam”, which highlighted Brunei Darussalam’s efforts and commitment towards the implementation of the BWC.

The workshop was organised by the United Nations Office for Disarmament Affairs (UNODA) and brought together participants from ASEAN countries to discuss the national implementation of the BWC. The convention plays an important role as a cornerstone of the multilateral arms control and disarmament architecture, particularly in preventing the development, production and use of biological weapons. Throughout the workshop, participants engaged in discussions on strengthening national implementation of the BWC, enhancing biosafety and biosecurity measures, and sharing good practices among participating countries. The workshop also provided capacity-building opportunities aimed at deepening participants’ understanding of the BWC and supporting regional cooperation in addressing biological threats.

BENGKEL SUB SERANTAU BAGI PELAKSANAAN KEBANGSAAN KONVENSYEN SENJATA BIOLOGI DI ASIA TENGGARA

BANGKOK, THAILAND, Rabu, 10 Jun 2026 – Mejar Abdul Rahim bin Haji Adris, Pegawai Pemerintah Rejimen Jurutera, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bersama wakil dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah mewakili Negara Brunei Darussalam dalam Bengkel Sub Serantau bagi Pelaksanaan Kebangsaan Konvensyen Senjata Biologi (Biological Weapons Convention, BWC) di Asia Tenggara, yang berlangsung dari 8 hingga 10 Jun 2026 bertempat di United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (ESCAP), Bangkok, Thailand. Semasa bengkel tersebut, Mejar Abdul Rahim telah menyampaikan pembentangan bertajuk “Pelaksanaan Kebangsaan Konvensyen Senjata Biologi di Negara Brunei Darussalam”, yang mengetengahkan usaha dan komitmen Negara Brunei Darussalam ke arah pelaksanaan BWC.

Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh United Nations Office for Disarmament Affairs (UNODA) dan menghimpunkan peserta-peserta dari negara-negara ASEAN bagi membincangkan pelaksanaan kebangsaan BWC. Konvensyen ini memainkan peranan penting sebagai asas dalam rangka kerja kawalan senjata dan pelucutan senjata pelbagai hala, khususnya dalam mencegah pembangunan, penghasilan dan penggunaan senjata biologi. Sepanjang bengkel tersebut, para peserta telah terlibat dalam perbincangan mengenai pengukuhan pelaksanaan kebangsaan BWC, peningkatan langkah-langkah biokeselamatan dan biosekuriti, serta perkongsian amalan baik dalam kalangan negara-negara yang turut serta. Bengkel ini juga menyediakan peluang membina kapasiti yang bertujuan untuk memberikan kefahaman yang mendalam bagi para peserta mengenai BWC serta menyokong kerjasama serantau dalam menangani ancaman biologi.