LUMUT CAMP, Monday, 23rd November 2026 – Field Command, Royal Brunei Land Forces (Field Command RBLF), celebrated its 3rd Anniversary with a commemorative ceremony held at Dewan Ad-Din, 3Bn RBLF, Lumut Camp. The ceremony was graced by Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, RBLF Field Commander. Also in attendance were Senior Officers, officers and personnel from Field Command RBLF.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and a Doa Kesyukuran. The event continued with an address by the RBLF Field Commander. In his speech, he expressed his appreciation for the achievements and progress made by Field Command RBLF over the past 3 years, particularly in strengthening operational readiness, organisational development, capability enhancement and personnel competency. He further emphasised the importance of supporting the “Mission-Ready Land Forces” vision through the implementation of the ‘TERAS’ framework, which encompasses effective governance, training effectiveness, planning and execution, accountability, responsibility and camaraderie. Additionally, he encouraged all Field Command RBLF personnel to uphold discipline, integrity and professionalism, while prioritising human capital development and spiritual values in accordance with the national philosophy of Malay Islamic Monarchy (MIB), ensuring that Field Command RBLF remains a capable, resilient and mission-ready formation.
The event continued with a reception’s prayer and followed by a video presentation highlighting Field Command RBLF’s achievements and development. The ceremony concluded with a group photograph session at the 3Bn RBLF Parade Square and the signing of a commemorative parchment.






MEDAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SAMBUT HARI ULANG TAHUN KE-3
PERKHEMAHAN LUMUT, Isnin, 23 November 2026 – Medan Tentera Darat Diraja Brunei (Medan TDDB) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-3 Medan TDDB yang berlangsung di Dewan Ad-Din, 3Bn TDDB, Perkhemahan Lumut. Hadir pada majlis tersebut ialah Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai serta anggota daripada Medan TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran. Acara diteruskan dengan ucapan daripada Pemerintah Medan TDDB. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan terhadap pencapaian dan perkembangan Medan TDDB sepanjang 3 tahun penubuhannya, khususnya dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi, pembangunan organisasi, peningkatan keupayaan serta kompetensi anggota. Beliau turut menekankan kepentingan mendukung visi “Mission-Ready Land Forces” melalui pelaksanaan kerangka ‘TERAS’ yang merangkumi tadbir urus yang berkesan, keberkesanan latihan, perancangan dan tindakan, amanah dan tanggungjawab serta semangat setia kawan. Di samping itu, beliau menyeru seluruh warga Medan TDDB agar terus memelihara disiplin, integriti dan profesionalisme, di samping mengutamakan pembangunan modal insan serta penghayatan nilai-nilai kerohanian berlandaskan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) bagi memastikan Medan TDDB kekal sebagai sebuah formasi yang berkeupayaan, berdaya tahan dan sentiasa bersedia dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Sambutan diteruskan dengan bacaan doa sebelum menikmati jamuan serta tayangan video yang memaparkan pencapaian dan perkembangan Medan TDDB. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai di Padang Kawad 3Bn TDDB dan menandatangani lembaran kenangan.