TUTONG, Saturday, 21st November 2026 – A total of RBLF 30 personnel participated in the Beach Weeding and Clean-Up Programme at Pengasing Beach, Kampong Sengkarai, Tutong District, organised by the Syariah Prosecution Division, Ministry of Religious Affairs, in conjunction with the Syariah Crime Reduction Project.
The programme commenced with a briefing on zone divisions for clean-up, followed by safety briefing and the recitation of Doa Selamat before participants carried out weeding and cleaning activities along Pengasing Beach. Also participating in the programme were representatives from the Syariah Prosecution Division, Department of Environment, Parks and Recreation, Tutong District Religious Affairs Office, Tutong District Religious Enforcement Division, as well as residents of Kampong Sengkarai and surrounding areas.
The programme aimed to improve the cleanliness of the coastal area while raising public awareness of the importance of environmental cleanliness and sustainability. The participation of RBLF personnel reflects the Royal Brunei Armed Forces’ (RBAF) commitment to supporting community initiatives and strengthening cooperation between the military, government agencies and the local community.







ANGGOTA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENYERTAI KEMPEN KEBERSIHAN PANTAI SEMPENA PROJEK PENURUNAN KES JENAYAH SYARIAH
TUTONG, Sabtu, 21 November 2026 – Seramai 30 anggota TDDB telah menyertai Program Penyiangan dan Pembersihan Pantai Pengasing, Kampong Sengkarai, Daerah Tutong, anjuran Bahagian Pendakwaan Syar’ie, Kementerian Hal Ehwal Ugama sempena Projek Penurunan Kes Jenayah Syariah.
Acara dimulakan dengan taklimat pembahagian tugasan membersihkan kawasan, diikuti dengan taklimat keselamatan dan bacaan Doa Selamat sebelum para peserta memulakan kerja-kerja penyiangan dan pembersihan di sekitar kawasan Pantai Pengasing. Turut serta semasa program tersebut ialah wakil-wakil daripada Bahagian Pendakwaan Syar’ie, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong, Penguatkuasaan Ugama Daerah Tutong serta penduduk Kampong Sengkarai dan kawasan sekitarnya.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kebersihan kawasan pantai di samping memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Penglibatan anggota TDDB dalam program ini mencerminkan komitmen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam menyokong inisiatif kemasyarakatan serta memperkukuhkan hubungan kerjasama antara pihak tentera, agensi kerajaan dan masyarakat setempat.