MUARA, Saturday, 10th October 2026 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, together with His Excellency Lawrence Wong, Prime Minister of the Republic of Singapore, attended the Grand Finale Ceremony of the Golden Jubilee Celebration of Brunei Darussalam–Republic of Singapore Defence Relations held at the Royal Brunei Navy (RBN) Base, Muara.
Accompanying His Majesty were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, and His Royal Highness Prince ‘Abdul Mateen, Minister of Foreign Affairs.
Also present were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Coordinating Minister for National Security, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II; His Excellency Chan Chun Sing, Coordinating Minister for Public Services and Minister for Defence of the Republic of Singapore; Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF); and His Excellency Vice Admiral Dato Paduka Seri Aaron Beng, Chief of Defence Force, Singapore Armed Forces (SAF).
The highlight of the celebration was the Joint Parade, comprising a total of 252 personnel from the RBAF and SAF, representing the RBLF, Singapore Army, RBN, Republic of Singapore Navy (RSN), Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Republic of Singapore Air Force (RSAF), including the Combined RBAF and SAF Band. The Joint Parade was commanded by Lieutenant Colonel Mohammad Sufrien bin Johan, Commanding Officer of the Second Battalion, Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF), with Warrant Officer II Sng Ping Yi of the SAF serving as the Parade Regimental Sergeant Major (RSM). The RBLF contingent comprised 50 personnel from 2Bn RBLF, led by Major Mohd Iqbal Arqam bin Hj Abd Rahman, Officer Commanding Admin Company, 2Bn RBLF, as the Contingent Commander.
During the ceremony, His Majesty and His Excellency inspected the Joint Parade, which featured a quick march-past and the Advance in Review Order. His Majesty subsequently consented to deliver a Titah in conjunction with the Golden Jubilee Celebration, followed by three chants of “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik”.
The celebration continued with a sail-past involving naval vessels from the RBN and RSN, followed by a fly-past featuring five helicopters from the RBAirF and SAF. The programme also included the launch of the Golden Jubilee Gallery, the presentation of commemorative items and the Golden Jubilee Cake-Cutting Ceremony. Prior to the conclusion, His Majesty and His Excellency participated in a Junjung Ziarah with RBAF and SAF personnel involved in the Joint Parade.
The participation of RBLF personnel in this historic celebration reflected the longstanding defence relationship between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore. It further reaffirmed the RBLF’s continued commitment to strengthening bilateral military cooperation, professional exchanges and interoperability with the Singapore Army through joint exercises, training and defence engagements.











TDDB SERTAI SAMBUTAN JUBLI EMAS HUBUNGAN PERTAHANAN BRUNEI–SINGAPURA
MUARA, Sabtu, 10 Oktober 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan berangkat bercemar duli bersama Tuan Yang Terutama Lawrence Wong, Perdana Menteri Republik Singapura, ke Majlis Kemuncak Sambutan Jubli Emas Hubungan Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura yang berlangsung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Muara.
Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah paduka-paduka anakanda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Leftenan Kolonel (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; Tuan Yang Terutama Chan Chun Sing, Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam dan Menteri Pertahanan Republik Singapura; Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB); serta Tuan Yang Terutama Laksamana Madya Dato Paduka Seri Aaron Beng, Ketua Turus Pertahanan SAF.
Acara kemuncak sambutan tersebut ialah Perbarisan Gabungan yang melibatkan seramai 252 anggota ABDB dan SAF, terdiri daripada TDDB, Tentera Darat Singapura, TLDB, Tentera Laut Republik Singapura (RSN), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), termasuk Pancaragam Gabungan ABDB dan SAF. Perbarisan Gabungan tersebut telah diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohammad Sufrien bin Johan, Pegawai Pemerintah Batalion Kedua, Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) selaku Pemerintah Perbarisan, manakala Pegawai Waran II Sng Ping Yi dari SAF bertindak sebagai Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Perbarisan. Kontinjen TDDB yang terdiri daripada 50 anggota 2Bn TDDB pula diketuai oleh Mejar Mohd Iqbal Arqam bin Hj Abd Rahman, Pegawai Memerintah Kompeni Pentadbiran, 2Bn TDDB selaku Ketua Kontinjen.
Sepanjang majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama Tuan Yang Terutama berkenan memeriksa Perbarisan Gabungan yang turut menampilkan berjalan lalu dalam masa cepat dan mara ke hadapan untuk diperhati semula. Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya berkenan mengurniakan Titah sempena Sambutan Jubli Emas tersebut, disusuli dengan tiga kali laungan “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik”.
Majlis turut diserikan dengan pelayaran lalu kapal-kapal TLDB dan RSN serta terbang lalu lima buah helikopter TUDB dan SAF. Acara diteruskan dengan pelancaran Galeri Jubli Emas Hubungan Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, penyampaian buku serta syiling kenangan dan Majlis Memotong Kek Jubli Emas. Sebelum majlis berakhir, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama Tuan Yang Terutama berkenan bagi disembahperkenalkan kepada anggota Pancaragam Gabungan ABDB dan SAF serta menyertai Junjung Ziarah bersama anggota yang terlibat dalam Perbarisan Gabungan. Penyertaan anggota TDDB dalam sambutan bersejarah ini mencerminkan hubungan pertahanan yang erat dan berterusan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Penglibatan tersebut turut memperlihatkan komitmen TDDB dalam memperkukuh kerjasama ketenteraan dua hala, pertukaran kepakaran serta keupayaan saling kendali bersama Tentera Darat Singapura menerusi eksesais bersama, latihan dan pelbagai program kerjasama pertahanan.