CANUNGRA, QUEENSLAND, AUSTRALIA, Sunday, 8th November 2026 – Major Muhamad Afandi bin Juna, Officer Commanding A Company, 2Bn Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF), successfully completed the Combat Officers Advanced Course (COAC) and Land Warfare Intermediate Course (LWIC), conducted from 7th September to 7th November 2026 at the Land Warfare Centre, Kokoda Barracks, Canungra, Queensland, Australia. The two courses were attended by 129 officers, including eight international officers.
Throughout the courses, participants received training in tactics and operational planning at the Battle Group and Combat Team levels, including the integration of various combat elements in planning and conducting brigade-level operations. The courses also emphasised the application of Combined Arms Operations to enhance tactical proficiency, decision-making and operational effectiveness. Both courses aimed to equip participants with the knowledge and skills required to undertake responsibilities as Officers Commanding (OC) and Operations Officers (OpsO), particularly in planning, leading and conducting Large-Scale Combat Operations (LSCO).
The officer’s participation reflected RBLF’s continued commitment to enhancing military knowledge, professional competencies and leadership development, while strengthening defence cooperation and interoperability with participating armed forces.
PEGAWAI TDDB TAMAT KURSUS KETENTERAAN DI AUSTRALIA
CANUNGRA, QUEENSLAND, AUSTRALIA, Ahad, 8 November 2026 – Mejar Muhamad Afandi bin Juna, Pegawai Memerintah Kompeni A, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB), telah berjaya menamatkan Combat Officers Advanced Course (COAC) dan Land Warfare Intermediate Course (LWIC) yang dikendalikan dari 7 September hingga 7 November 2026 bertempat di Land Warfare Centre, Kokoda Barracks, Canungra, Queensland, Australia. Kedua-dua kursus tersebut telah disertai oleh seramai 129 pegawai, termasuk lapan pegawai antarabangsa.
Sepanjang kursus, para peserta telah menjalani latihan dalam aspek taktik dan perancangan operasi di peringkat Battle Group dan Combat Team, termasuk pengintegrasian pelbagai elemen tempur dalam perancangan dan pengendalian operasi di peringkat briged. Kursus ini turut memberikan penekanan terhadap pelaksanaan Combined Arms Operations bagi meningkatkan kecekapan taktikal, keupayaan membuat keputusan serta keberkesanan operasi. Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan para peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Pegawai Memerintah (Officers Commanding – OC) dan Pegawai Gerakan (Operations Officers – OpsO), khususnya dalam merancang, memimpin dan mengendalikan Large-Scale Combat Operations (LSCO).
Penyertaan pegawai TDDB dalam kursus tersebut mencerminkan komitmen berterusan TDDB dalam meningkatkan pengetahuan ketenteraan, kompetensi profesional dan pembangunan kepimpinan pegawai, di samping memperkukuhkan kerjasama pertahanan serta kebolehoperasian bersama dengan angkatan tentera negara-negara yang turut menyertai kursus tersebut.