BOLKIAH GARRISON, Friday, 20th November 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) Netball Team secured 3rd place in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Women’s Netball Championship 2026, held from 19th to 20th November 2026 at Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garrison. The two-day championship was conducted in a round-robin format, featuring teams from RBLF, the Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the Ministry of Defence (MINDEF) Combined Team.
The RBN emerged as champions, followed by the MINDEF Combined Team in second place, while RBLF finished third. Throughout the championship, the RBLF Netball Team demonstrated strong teamwork and determination, recording a 14–14 draw against RBN and a 33–3 victory over RBAirF.
Adding to the team’s achievements, Lance Corporal Mazarina binti Abdullah Sujar from the RBLF Headquarters Finance Office was awarded the Overall Best Player Award in recognition of her outstanding performance throughout the championship.
The team’s achievement reflects the dedication, perseverance and teamwork of RBLF personnel, while promoting sportsmanship, camaraderie and unity among participating teams.








PASUKAN BOLA JARING TDDB RAIH TEMPAT KE-3 DALAM KEJOHANAN BOLA JARING ASKAR WANITA ABDB 2026
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 20 November 2026 – Pasukan Bola Jaring Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) berjaya meraih tempat ke-3 dalam Kejohanan Bola Jaring Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2026 yang berlangsung dari 19 hingga 20 November 2026 bertempat di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison. Kejohanan selama dua hari tersebut dijalankan secara liga sepusingan dan disertai oleh pasukan TDDB, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) serta Pasukan Gabungan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).
Pasukan TLDB muncul sebagai juara, diikuti oleh Pasukan Gabungan KEMENTAH di tempat kedua, manakala TDDB menduduki tempat ketiga. Sepanjang kejohanan, Pasukan Bola Jaring TDDB telah mempamerkan semangat kerjasama dan keazaman yang tinggi dengan mencatatkan keputusan seri 14–14 menentang TLDB serta kemenangan 33–3 ke atas TUDB.
Selain pencapaian pasukan, Lans Koperal Mazarina binti Abdullah Sujar daripada Pejabat Kewangan Markas TDDB turut menerima Anugerah Pemain Terbaik Keseluruhan atas prestasi cemerlang beliau sepanjang kejohanan.
Pencapaian tersebut mencerminkan dedikasi, ketekunan dan semangat kerjasama anggota TDDB, di samping memupuk semangat kesukanan, setia kawan dan perpaduan dalam kalangan pasukan yang bertanding.