BERAKAS GARRISON, Friday, 24th July 2026 – The promotion events for a total of 25 Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) and Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs) from various Royal Brunei Land Forces (RBLF) sub-units were held at their respective units throughout the week. The promoted personnel comprised RBLF Headquarters (HQ), Third Battalion RBLF, Dental Services, Royal Guard Regiment, and Combined Armed Training Centre RBLF.
A total of 10 SNCOs were promoted, comprising five Acting Sergeants to Substantive Staff Sergeants and five Substantive Corporals to Acting Sergeants. Meanwhile, a total of 15 JNCOs were promoted, consisting of six Acting Corporals to Substantive Corporals, two Substantive Lance Corporals to Acting Corporals, five Acting Lance Corporals to Substantive Lance Corporals, and two Privates to Acting Lance Corporals.
The promotion events reflect RBLF’s recognition of the dedication, commitment, and professionalism demonstrated by its personnel in carrying out their duties and responsibilities.









ACARA KENAIKAN PANGKAT BAGI ANGGOTA TDDB
BERAKAS GARISON, Jumaat, 24 Julai 2026 – Acara Kenaikan Pangkat bagi seramai 25 anggota Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan dan PTB Rendah daripada pelbagai sub-unit Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah diadakan di unit masing-masing sepanjang minggu ini. Anggota yang dinaikkan pangkat terdiri daripada anggota Markas TDDB, Batalion Ketiga TDDB, Khidmat Pergigian, Rejimen Pengawal Diraja dan Pusat Latihan Gabungan Tempur TDDB.
Seramai 10 anggota PTB Kanan telah dinaikkan pangkat yang terdiri daripada lima Pemangku Sarjan ke Sarjan Tetap dan lima Koperal Tetap ke Pemangku Sarjan. Sementara itu, seramai 15 anggota PTB Rendah telah dinaikkan pangkat, terdiri daripada enam Pemangku Koperal ke Koperal Tetap, dua Lans Koperal Tetap ke Pemangku Koperal, lima Pemangku Lans Koperal ke Lans Koperal Tetap dan dua Soldadu ke Pemangku Lans Koperal.
Acara Kenaikan Pangkat ini mencerminkan pengiktirafan TDDB terhadap dedikasi, komitmen serta profesionalisme yang ditunjukkan oleh anggotanya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.