LUMUT CAMP, Monday, 10 August 2026 – First Warrant Officer Mohammad Haswandi bin Haji Paun, Land Forces Sergeant Major (LFSM), conducted a session with participants of the Advanced Infantry Course (AIC) at Ad-Din Hall, Third Battalion, Royal Brunei Land Forces (3Bn RBLF), Lumut Camp. A total of 173 personnel from the 179th Male Recruit Intake, Series 10/2026, attended the session.

The session commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, led by Private Md Farid Asraaf bin Md Masri from the Religious Directorate, Royal Brunei Armed Forces, followed by remarks from the LFSM. In his remarks, the LFSM reminded the course participants of the importance of maintaining high standards of discipline and physical fitness throughout the course. He also emphasised the importance of adhering to fundamental military principles and highlighted the significance of security awareness throughout their military service.

The Advanced Infantry Course is a comprehensive training programme designed to further develop and strengthen fundamental infantry skills, with emphasis on land-based tactical operations, leadership development, professionalism and teamwork. It aims to enhance participants’ competencies and contribute to overall operational readiness. The course commenced on 11 May 2026 and is scheduled to conclude on 14 August 2026.

SESI SMTD BERSAMA PESERTA KURSUS LANJUTAN INFANTRI

PERKHEMAHAN LUMUT, Isnin, 10 Ogos 2026 – Pegawai Waran Satu Mohammad Haswandi bin Haji Paun, Sarjan Mejar Tentera Darat (SMTD), telah mengadakan satu sesi bersama peserta Kursus Lanjutan Infantri (KLI) bertempat di Dewan Ad-Din, Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB), Perkhemahan Lumut. Seramai 173 anggota daripada Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-179, Siri 10/2026, telah menghadiri sesi tersebut.

Sesi tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yangdiketuai oleh Soldadu Md Farid Asraaf bin Md Masri, dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei diikuti dengan ucapan daripada SMTD. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan peserta kursus mengenai kepentingan mengekalkan tahap disiplin dan kecergasan jasmani yang tinggi sepanjang kursus dijalankan. Beliau juga menekankan kepentingan mematuhi prinsip-prinsip asas ketenteraan dan menekankan kepentingan kesedaran sekuriti sepanjang tempoh perkhidmatan tenteraan mereka.

Kursus Lanjutan Infantri merupakan program latihan komprehensif yang direka untuk mempertingkat dan memperkukuh kemahiran asas infantri, dengan memberi penekanan terhadap operasi taktikal darat, pembangunan kepimpinan, profesionalisme dan kerjasama berpasukan. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan  kompetensi peserta dan menyumbang kepada kesiapsiagaan operasi secara keseluruhan. Kursus ini telah bermula pada 11 Mei 2026 dan dijadualkan selesai pada 14 Ogos 2026.