RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 03rd July 2026 – In conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 65th Anniversary, the Ministry of Defence held a Khatam Al-Qur’an ceremony simultaneously at all RBAF Suraus with the focal event at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base. The Royal Brunei Land Forces (RBLF) also held a similar event concurrently across all RBLF camps, including at Pulau Baru-Baru Mosque.

The ceremony began with the recital of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah followed by the recital of the Khatam Al-Qur’an, Takhtim and Doa Khatam. The ceremony was further graced with Dikir Marhaban, followed by the distribution of ‘bunga telur‘ to the Khatam Al-Qur’an participants, before concluded with Sunat Hajat prayer, Fardhu Asr prayer and Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-65

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 03 Julai 2026 – Sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diaraja Brunei (ABDB) ke-65, Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an secara serentak di semua surau perkhemahan tentera ABDB dengan tumpuan utama di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba. Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) turut mengadakan majlis tersebut secara serentak termasuk di Masjid Pulau Baru-Baru.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan Khatam Al-Qur’an, Takhtim dan Doa Khatam. Majlis kemudiannya diserikan dengan Dikir Marhaban dan disusuli dengan penyampaian bunga telur kepada peserta-peserta Khatam Al-Qur’an sebelum diakhiri dengan Solat Sunat Hajat, Solat Fardhu Asar dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.