TUTONG CAMP, Friday, 20th November 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) handed over a welfare fund to Corporal Abdul Azim bin Ramzani, personnel from the Fire and Rescue Services, Combat Service Support RBLF (CSS RBLF), who was affected by a house fire. The event was held at the personnel’s residence in Tutong Camp, where the fund was provided through the RBAF Welfare Fund and BAKTI RBAF Association Fund.
The welfare fund was handed over by Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, RBLF Commander, accompanied by his spouse, Pengiran Noor Hafidzah binti Pengiran Haji Ahmad, representing the BAKTI RBAF Association who also handed the BAKTI RBAF Association Fund to the spouse of Corporal Abdul Azim.
This assistance reflects RBLF’s continued commitment to safeguarding the welfare and well-being of its personnel and their families. The assistance aims to alleviate the financial burden faced by the affected personnel and provide support during challenging circumstances.

PENYERAHAN TABUNG KEBAJIKAN ABDB DAN SUMBANGAN BAKTI ABDB KEPADA MANGSA KEBAKARAN RUMAH
PERKHEMAHAN TUTONG, Jumaat, 20 November 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyerahkan bantuan tabung kebajikan kepada Koperal Abdul Azim bin Ramzani, anggota daripada Khidmat Bomba dan Keselamatan, Khidmat Bantuan Kombat TDDB (KBK TDDB), yang terjejas akibat kejadian kebakaran rumah. Acara tersebut berlangsung di kediaman anggota berkenaan di Perkhemahan Tutong, dengan bantuan dana disalurkan melalui Dana Tabung Kebajikan ABDB dan Dana Persatuan BAKTI ABDB.
Bantuan tabung kebajikan itu telah disampaikan oleh Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB, bersama isteri, Pengiran Noor Hafidzah binti Pengiran Haji Ahmad, selaku wakil BAKTI ABDB yang juga telah menyampaikan sumbangan BAKTI ABDB kepada isteri Koperal Abdul Azim.
Penyampaian bantuan tersebut mencerminkan komitmen berterusan dan keprihatinan TDDB dalam menjaga kebajikan serta kesejahteraan anggota dan keluarga mereka. Bantuan kebajikan ini dihasratkan dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh anggota yang terjejas serta memberikan sokongan dalam menghadapi keadaan yang mencabar.