PENANJONG GARRISON, Monday, 5th October 2026 – The Engineer Regiment, Royal Brunei Land Forces (Engr Regt RBLF) and 11 C4I Bn, Singapore Army, conducted the final phase of Exercise RINTIS BERSAMA 26/2026, featuring a Community Relations (COMREL) activity at Pusat Bahagia, Tutong District, and a Final Training Exercise at the FIBUA Complex, Penanjong Garrison.

Present to witness the programme were Major Haji Abdul Rahim bin Haji Adris, CO Engr Regt RBLF, and Major Lim En Cheng, CO 11 C4I Bn, Singapore Army, together with officers and personnel from both armies.

The programme commenced with a COMREL activity at Pusat Bahagia, Department of Community Development (JAPEM), Tutong District. The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by an address by Nurul Nazurah binti Jaya, Acting Deputy Director of the Persons with Disabilities (OKU) Division, JAPEM, Ministry of Culture, Youth and Sports.

During the COMREL activity, personnel from both armies jointly carried out improvement works at Pusat Bahagia, including the construction and installation of two benches, two cabinets and five partitions for the surau, as well as painting works to improve the facilities and prayer environment. The Singapore Army also contributed a television set to the centre to support its recreational facilities.

The programme continued at the FIBUA Complex, Penanjong Garrison to witnessed the Final Training Exercise. The exercise featured the integration of drones in combat engineering operations, search operations, Chemical, Biological and Radiological Defence (CBRD) response, Improvised Explosive Device Disposal (IEDD) and obstacle clearance tasks, providing participating personnel with opportunities to enhance technical proficiency, operational coordination and interoperability.

The exercise programme concluded with the handing over of the XRB flag, followed by an exchange of mementos and a group photography session. The final phase reflected the continued commitment of both armies to strengthening professional cooperation, enhancing interoperability and fostering closer bilateral defence relations, while contributing positively to the local community.

FASA AKHIR EKSESAIS RINTIS BERSAMA 26/2026

PENANJONG GARISON, Isnin, 5 Oktober 2026 – Rejimen Jurutera Tentera Darat Diraja Brunei (RJ TDDB) bersama 11 C4I Bn, Tentera Darat Singapura, telah mengadakan fasa akhir Eksesais RINTIS BERSAMA 26/2026 yang merangkumi Aktiviti Kemasyarakatan (COMREL) di Pusat Bahagia, Daerah Tutong, serta Latihan Akhir di Kompleks FIBUA, Penanjong Garison.

Hadir bagi program tersebut ialah Mejar Haji Abdul Rahim bin Haji Adris, Pegawai Pemerintah RJ TDDB, dan Mejar Lim En Cheng, Pegawai Pemerintah 11 C4I Bn, Tentera Darat Singapura, bersama pegawai-pegawai dan anggota daripada kedua-dua angkatan tentera.

Program dimulakan dengan Aktiviti Kemasyarakatan (COMREL) di Pusat Bahagia, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Daerah Tutong. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan daripada Nurul Nazurah binti Jaya, Pemangku Timbalan Pengarah Bahagian Orang Kelainan Upaya (OKU), JAPEM, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Sepanjang aktiviti tersebut, anggota daripada kedua-dua angkatan tentera telah bersama-sama mengadakan kerja-kerja penambahbaikan kemudahan di Pusat Bahagia, termasuk pembinaan dan pemasangan dua buah bangku, dua buah kabinet serta lima unit dinding pemisah bagi surau, selain kerja-kerja mengecat untuk meningkatkan keselesaan dan kemudahan ruang solat. Tentera Darat Singapura turut menyumbangkan sebuah televisyen kepada pusat berkenaan bagi menyokong kemudahan rekreasi yang disediakan.

Acara diteruskan di Kompleks FIBUA, Penanjong Garison, bagi menyaksikan Latihan Akhir yang melibatkan penggunaan dron dalam operasi kejuruteraan tempur, operasi pencarian, tindak balas Chemical, Biological and Radiological Defence (CBRD), Improvised Explosive Device Disposal (IEDD) serta tugas-tugas pembersihan halangan. Latihan tersebut memberi peluang kepada anggota yang terlibat untuk meningkatkan kemahiran teknikal, koordinasi operasi dan kesalingoperasian antara kedua-dua angkatan tentera.

Acara diakhiri dengan penyerahan bendera XRB, diikuti dengan pertukaran cenderamata dan sesi bergambar ramai. Fasa akhir eksesais ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua angkatan tentera dalam memperkukuh kerjasama profesional, meningkatkan kesalingoperasian serta mempererat hubungan pertahanan dua hala, di samping memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat setempat.