PENANJONG GARRISON, Tuesday, 22nd September 2026 – 3Bn RBLF together with the 20th Royal Malay Regiment (20 RAMD), Malaysian Army (MA), have successfully concluded Exercise BRUMAL SETIA 18/2026 and Exercise MERTAK BERSATU 16/2026. The Closing Event was held at the FIBUA Complex, Penanjong Garrison and was attended by Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, RBLF Commander, and Yang Berbahagia General Tan Sri Azhan bin Haji Md Othman, Chief of Malaysian Army.
In his closing remarks, RBLF Commander highlighted the importance of bilateral training as a platform to strengthen the skills, capabilities and competencies of personnel from both armed forces. The exercises also provided opportunities for the sharing of knowledge, experiences and best practices, particularly in techniques, tactics and procedures (TTP) in the conduct of duties and joint operations. Meanwhile, Chief of Malaysian Army underscored the cooperation, knowledge-sharing and expertise between the RBLF and the Malaysian Army. The 10-day exercise also enhanced interaction and rapport at all levels, from senior leadership to personnel of both forces. The exercise is expected to further contribute to operational readiness, mutual trust and the continued strengthening of Malaysia–Brunei defence relations.
During the event, several phases of attack demonstrations were conducted involving A and B Coys, 3Bn RBLF, together with B Coy, 20 RAMD. The demonstrations showcased the ability of personnel from both armed forces to conduct integrated training and apply tactical skills acquired throughout the exercises. Exercise MERTAK BERSATU 16/2026 also focused on mortar capabilities and tactical skills, and was conducted at the Field Firing Area (FFA), Binturan, Penanjong Garrison.
Prior to the Closing Event, theSigning of the Terms of Reference (TOR) for the Brunei-Malaysia Army Working Group 2026 (BRU-MAL AWG 2026) was held at the Warrant Officers’ Mess, Penanjong Garrison. The TOR was signed by RBLF Commander and the Chief of Malaysian Army, establishing a framework to facilitate the implementation of bilateral activities between the two armies, including working visits, courses and military exercises. This will also provide a more structured platform for discussions to identify and explore opportunities for cooperation in areas of mutual interest.
Exercise BRUMAL SETIA 18/2026 focused on jungle warfare and urban operations, while Exercise MERTAK BERSATU 16/2026 focused on mortar capabilities and tactical skills. The exercises also involved an air insertion element using the Black Hawk S-70i helicopter, as well as various ground assets to support the execution of the exercise scenarios and objectives.
Overall, the conduct of both exercises enhanced the capabilities of personnel in joint operations and further strengthened interoperability, mutual understanding and professional relations between the RBLF and MA. The continued cooperation reflects the commitment of both countries towards strengthening defence relations and military cooperation.

















ACARA PENUTUP EKSESAIS BRUMAL SETIA 18/2026 DAN MERTAK BERSATU 16/2026
PENANJONG GARISON, Selasa, 22 September 2026 – 3Bn TDDB bersama 20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Tentera Darat Malaysia (TDM), telah berjaya menamatkan Eksesais BRUMAL SETIA 18/2026 dan Eksesais MERTAK BERSATU 16/2026. Acara Penutup telah diadakan di Kompleks FIBUA, Penanjong Garison dan dihadiri oleh Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB, dan Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Azhan bin Haji Md Othman, Panglima TDM.
Dalam ucapan penutup, Pemerintah TDDB menekankan kepentingan latihan dua hala sebagai platform bagi memperkukuh kemahiran, keupayaan dan kompetensi anggota kedua-dua angkatan. Eksesais ini juga menyediakan peluang untuk perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik, khususnya dalam aspek teknik, taktik dan prosedur (TTP) bagi melaksanakan tugas dan operasi bersama. Panglima TDM turut menekankan kepentingan kerjasama serta perkongsian ilmu dan kepakaran antara TDDB dan TDM. Interaksi sepanjang latihan selama 10 hari turut mengeratkan hubungan di semua peringkat, daripada kepimpinan hingga anggota kedua-dua angkatan. Latihan ini diharap terus menyumbang kepada kesiapsiagaan, saling mempercayai serta pengukuhan hubungan pertahanan Malaysia–Brunei.
Semasa acara, beberapa fasa serangan telah dilaksanakan melibatkan Kompeni A dan Kompeni B, 3Bn TDDB, bersama Kompeni B, 20 RAMD. Demonstrasi tersebut memperlihatkan keupayaan anggota kedua-dua angkatan dalam melaksanakan latihan secara bersepadu serta mengaplikasikan kemahiran taktikal yang diperoleh sepanjang eksesais. Eksesais MERTAK BERSATU 16/2026 turut memberi tumpuan kepada keupayaan mortar dan kemahiran taktikal, dan telah dilaksanakan di kawasan Field Firing Area (FFA), Binturan, Penanjong Garison.
Sebelum Acara Penutup, Signing of the Terms of Reference (TOR) bagi Brunei-Malaysia Army Working Group 2026 (BRU-MAL AWG 2026) telah diadakan di Mes Pegawai Waran, Penanjong Garison. TOR tersebut telah ditandatangani oleh Pemerintah TDDB dan Panglima TDM bagi menyediakan kerangka dalam memudahkan cara pelaksanaan aktiviti dua hala antara kedua-dua tentera darat, termasuk lawatan kerja, kursus dan latihan ketenteraan. Ia juga menyediakan platform perbincangan yang lebih tersusun bagi mengenal pasti dan meneroka peluang kerjasama dalam bidang-bidang yang mempunyai kepentingan Bersama.
Eksesais BRUMAL SETIA 18/2026 memberi tumpuan kepada peperangan hutan dan operasi di kawasan bandar, manakala Eksesais MERTAK BERSATU 16/2026 memberi tumpuan kepada keupayaan mortar dan kemahiran taktikal. Eksesais turut melibatkan elemen penyusupan melalui udara menggunakan helikopter Black Hawk S-70i serta pelbagai aset darat bagi menyokong pelaksanaan senario dan objektif eksesais.
Pelaksanaan kedua-dua eksesais ini mempertingkatkan keupayaan anggota dalam melaksanakan operasi bersama serta memperkukuh kesalingoperasian, persefahaman dan hubungan profesional antara TDDB dan TDM. Kerjasama berterusan ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara dalam memperkukuh hubungan pertahanan dan kerjasama ketenteraan.