BERAKAS GARRISON, Thursday, 25th June 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs) Leadership Course has come to an end with a closing event held at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison. The course, which ran from 5th June to 26th June 2026, involved the participation of 89 personnel from various RBLF sub-units. Present to officiate the closing was Major Haji Mohammad Faizi bin Haji Tarif, Deputy Commanding Officer of First Battalion (1Bn) RBLF.

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, led by Lance Corporal Abdul Hadi bin Abdul Halim, the course participant representative, followed by the presentation of certificates and excellence awards. The Best Overall Award was presented to Lance Corporal Muhammad Hazeeq Asmui’e bin Muhammad Fazillah from Third Battalion RBLF, Lance Corporal Mohammad Azim Fawwaz bin Abdul Halim from 1Bn RBLF received the Best Academic Award, while the Best Practical Award was presented to Lance Corporal Muhammad Syafiq Hidayat bin Haji Rosli from 1Bn RBLF.

The course was designed to strengthen participants’ understanding of the roles, duties, and responsibilities entrusted to them as junior leaders within the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Throughout the programme, participants were encouraged to demonstrate professionalism, uphold the highest standards of discipline, and remain committed to excellence in the performance of their duties. In addition, the course also equipped them with the essential knowledge, leadership qualities, and practical skills required to undertake greater responsibilities within the RBAF.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN PTB RENDAH

BERAKAS GARISON, Khamis, 25 Jun 2026 – Kursus Kepimpinan Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Rendah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah berakhir dengan acara penutup yang diadakan di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Kursus yang bermula dari 5 Jun hingga 26 Jun 2026 itu melibatkan penyertaan seramai 89 anggota daripada pelbagai sub-unit TDDB. Hadir bagi menyempurnakan acara penutup ialah Mejar Haji Mohammad Faizi bin Haji Tarif, Timbalan Pegawai Pemerintah Batalion Pertama (1Bn) TDDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Lans Koperal Abdul Hadi bin Abdul Halim, wakil peserta kursus, diikuti dengan penyampaian sijil dan penyampaian anugerah cemerlang. Anugerah Peserta Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh Lans Koperal Muhammad Hazeeq Asmui’e bin Muhammad Fazillah dari Batalion Ketiga TDDB, Lans Koperal Mohammad Azim Fawwaz bin Abdul Halim dari 1Bn TDDB telah menerima Anugerah Akademik Terbaik, manakala Anugerah Amali Terbaik telah diberikan kepada Lans Koperal Muhammad Syafiq Hidayat bin Haji Rosli dari 1Bn TDDB.

Kursus ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman para peserta mengenai peranan, tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka sebagai pemimpin peringkat rendah dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Sepanjang kursus, para peserta turut didorong untuk sentiasa menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi, mengekalkan disiplin serta komited dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Selain itu, kursus ini juga membekalkan para peserta dengan pengetahuan, ciri-ciri kepimpinan dan kemahiran praktikal yang diperlukan bagi memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam ABDB.