BERAKAS GARRISON, Saturday, 30th May 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held a Doa Kesyukuran Ceremony in conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 65th Anniversary celebration. The ceremony was conducted simultaneously at all RBLF suraus, including Pulau Baru-Baru Mosque. In attendance were Senior Officers, officers and personnel of the RBLF.

The ceremony commenced with the recitation of holy verses of the Al-Quran, followed by the congregational Fardhu Maghrib and Sunat Hajat prayers. The event continued with the recitation of Surah Yassin, Tahlil and Doa Kesyukuran before concluding with Fardhu Isya’ prayer.

The Doa Kesyukuran Ceremony was held to seek blessings from Allah Subhanahu Wa Ta’ala for the continued success of the RBAF in carrying out its mission in safeguarding the nation’s sovereignty, preserving territorial integrity, and upholding the Constitution as well as the principles of the Malay Islamic Monarchy philosophy. This year, the RBAF will celebrate its Anniversary with a Grand Parade to be held at Rimba Air Force Base, Royal Brunei Air Force.

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-65

BERAKAS GARISON, Sabtu, 30 Mei 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-65. Majlis tersebut telah diadakan secara serentak di semua surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru. Hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, diikuti dengan Sembahyang Fardhu Maghrib dan Sembahyang Sunat Hajat secara berjemaah. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sebelum diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.

Majlis Doa Kesyukuran ini diadakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar ABDB akan terus berjaya dalam melaksanakan misi mempertahankan kedaulatan negara, memelihara integriti wilayah serta menegakkan Perlembagaan Negara dan prinsip-prinsip Melayu Islam Beraja. Pada tahun ini, ABDB akan menyambut Hari Ulang Tahunnya dengan Upacara Perbarisan Raksasa yang akan diadakan di Pangkalan Tentera Udara Rimba, Tentera Udara Diraja Brunei.