BERAKAS GARRISON, Wednesday, 5th August 2026 – Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF), received a courtesy call from Senior Colonel Nguyen Ngoc Huan, who is concluding his tenure as the Defence Attaché of the Socialist Republic of Vietnam to Brunei Darussalam, and Colonel Trinh Ke Van, the newly appointed Defence Attaché.

During the meeting, the Commander of the RBLF expressed his appreciation to Senior Colonel Nguyen Ngoc Huan for his contributions throughout his tenure in fostering defence ties between Brunei Darussalam and the Socialist Republic of Vietnam. He also welcomed Colonel Trinh Ke Van and extended his congratulations on his appointment as the new Defence Attaché. Both sides reaffirmed their commitment to the longstanding and cordial defence relationship between the two countries, which continues to flourish through regular engagements, exchanges of visits, and professional interactions. The courtesy call also provided an opportunity to exchange views on matters of mutual interest and discuss avenues to further enhance bilateral defence cooperation.

Senior Colonel Nguyen Ngoc Huan served as the Defence Attaché of the Socialist Republic of Vietnam to Brunei Darussalam from May 2021 to July 2026. Colonel Trinh Ke Van assumed the appointment as Defence Attaché on August 2026, succeeding Senior Colonel Nguyen Ngoc Huan.

KUNJUNGAN HORMAT ATASE PERTAHANAN VIETNAM KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG AKAN MENAMATKAN TUGAS DAN BARU DILANTIK  KEPADA PEMERINTAH TDDB

BERAKAS GARISON, Rabu, 5 Ogos 2026 – Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), telah menerima kunjungan hormat daripada Atase Pertahanan Republik Sosialis Vietnam ke Negara Brunei Darussalam, Senior Kolonel Nguyen Ngoc Huan yang akan menamatkan tugas dan Kolonel Trinh Ke Van, Atase Pertahanan yang baru dilantik.

Semasa pertemuan tersebut, Pemerintah TDDB merakamkan penghargaan kepada Senior Kolonel Nguyen Ngoc Huan atas sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam memperkukuhkan hubungan pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Sosialis Vietnam. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran Kolonel Trinh Ke Van serta mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Atase Pertahanan yang baharu. Kedua-dua pihak turut menegaskan komitmen untuk terus memperkukuhkan hubungan pertahanan yang telah lama terjalin dan mesra antara kedua-dua negara, yang terus berkembang melalui penglibatan secara berkala, pertukaran lawatan serta interaksi profesional. Kunjungan hormat tersebut juga menyediakan peluang bagi kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pandangan mengenai perkara-perkara yang berkepentingan bersama serta membincangkan usaha-usaha ke arah mempertingkatkan lagi kerjasama pertahanan dua hala.

Senior Kolonel Nguyen Ngoc Huan telah berkhidmat sebagai Atase Pertahanan Republik Sosialis Vietnam ke Negara Brunei Darussalam dari Mei 2021 hingga Julai 2026. Sementara itu, Kolonel Trinh Ke Van telah dilantik sebagai Atase Pertahanan Republik Sosialis Vietnam ke Negara Brunei Darussalam bermula Ogos 2026 yang mana menggantikan Senior Kolonel Nguyen Ngoc Huan.