BERAKAS GARRISON, Friday, 20th November 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) concluded its annual Musabaqah Tilawah Al-Quran in conjunction with its 64th Anniversary at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison. Present at the event was Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, RBLF Commander. Also in attendance were Senior Officers, officers and personnel of RBLF.
In the Qari category, Private Abdurrahman bin Haji Mohammad Azmi emerged as the champion, followed by Lieutenant Ahmad Termizie bin Ahmad Baihakie as first runner-up and Private Md Fauzan Syahraimi bin Hj Md Aslenan as second runner-up. Meanwhile, in the Qariah category, Lance Corporal Nurul Khairah binti Md Sahari was crowned champion, while Private Nor Siti Syahidah binti Haji Yusdi secured first runner-up and Lieutenant Nur Khairiyah Mumtazah binti Haji Sahri was named second runner-up.
The annual Musabaqah Tilawah Al-Quran reflects RBLF’s continued commitment to strengthening spiritual development, instilling Islamic values and fostering unity among its personnel. Held in conjunction with RBLF’s 64th Anniversary, the competition also serves as a platform to reinforce faith, discipline and integrity, while nurturing spiritual resilience and strong moral character among RBLF personnel, in line with the core values of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the national philosophy of Malay Islamic Monarchy (MIB).















MAJLIS PENUTUP TILAWAH AL-QURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN TDDB KE-64
BERAKAS GARISON, Jumaat, 20 November 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Penutup Musabaqah Tilawah Al-Quran tahunan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TDDB Ke-64 bertempat di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Hadir pada majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota TDDB.
Bagi kategori Qari, johan pertandingan telah disandang oleh Soldadu Abdurrahman bin Haji Mohammad Azmi, diikuti oleh Leftenan Ahmad Termizie bin Ahmad Baihakie sebagai naib johan dan Soldadu Md Fauzan Syahraimi bin Hj Md Aslenan di tempat ketiga. Sementara itu, bagi kategori Qariah, Lans Koperal Nurul Khairah binti Md Sahari muncul sebagai johan, manakala Soldadu Nor Siti Syahidah binti Haji Yusdi meraih naib johan dan Leftenan Nur Khairiyah Mumtazah binti Haji Sahri menduduki tempat ketiga.
Penganjuran Musabaqah Tilawah Al-Quran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TDDB Ke-64 mencerminkan komitmen berterusan TDDB dalam memperkukuh pembangunan kerohanian, menerapkan nilai-nilai Islam dan memupuk perpaduan dalam kalangan anggotanya. Pertandingan ini turut menjadi wadah untuk menyemai keimanan, disiplin dan integriti, di samping memperkukuh ketahanan rohani serta membentuk sahsiah terpuji dalam kalangan anggota TDDB, selaras dengan nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan falsafah negara Melayu Islam Beraja (MIB).