BERAKAS GARRISON, Wednesday, 22nd July 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held a Blood Donation Campaign in conjunction with the 65th Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held at the Berakas Garrison Gymnasium. This initiative was held in collaboration with the Blood Donation Centre, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital, Ministry of Health (MOH), which aimed to support the National Blood Bank. A total of 111 pints of blood were successfully donated by personnel and civilian staff from various RBLF sub-units.

The drive highlights the importance of collective effort in addressing the nation’s healthcare needs and promoting social responsibility. This initiative also reflects RBAF’s dedication to community welfare and strengthening unity within the country in line with this year’s RBAF 65th anniversary theme, “Bersama Bersatu Mencapai Cita Negara” (Together United in Achieving the Nation’s Aspiration).

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-65

BERAKAS GARISON, Rabu, 22Julai 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengendalikan Kempen Derma Darah sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-65 yang berlangsung di Dewan Gerak Badan, Berakas Garison. Inisiatif ini diadakan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Kementerian Kesihatan yang bertujuan untuk menyokong keperluan Tabung Darah Negara. Sebanyak 111 pain darah telah berjaya disumbangkan oleh anggota dan kakitangan awam daripada pelbagai sub-unit TDDB.

Kempen ini menekankan pentingnya usaha bersama dalam memenuhi keperluan kesihatan negara dan memupuk tanggungjawab sosial. Inisiatif ini juga mempamerkan komitmen ABDB terhadap kebajikan masyarakat dan memperkukuhkan perpaduan negara selaras dengan tema Hari Ulang Tahun ABDB ke-65 iaitu, “Bersama Bersatu Mencapai Cita Negara”.