BERAKAS GARRISON, Wednesday, 05 August 2026 – The closing event of the All Arms Staff and Tactics Course (AASTC) 2026 was held at the Officers’ Mess, Berakas Garrison. A total of 21 officers successfully completed the course, including four international officers, comprising one representative each from the Armed Forces of the Philippines (AFP), Indonesian National Armed Forces (TNI), Malaysian Armed Forces (MAF) and the Singapore Armed Forces (SAF). The eight-week course was conducted from 15th June to 7th August 2026 at the Combined Arms Training Centre (CATC), Royal Brunei Land Forces (RBLF).

Present at the closing event was Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the RBLF. Also in attendance were the Acting Deputy Commander of the RBLF, Chief of Staff RBLF, the Defence Attaché of the Republic of the Philippines, the Defence Attaché of the Republic of Indonesia, the Defence Adviser of Malaysia to Brunei Darussalam, the Assistant Defence Adviser of the Republic of Singapore, as well as senior officers and officers of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by Surah Al-Baqarah, verses 247 to 251, led by Lieutenant Commander Haji Ahmad Ahdaa bin Haji Ahmad, RBN, representing this year’s course participants. This was followed by the course review delivered by Major Pengiran Haji Md Razif bin Pengiran Haji Idros. The Commander of the RBLF then delivered his closing speech, in which he emphasised that defence diplomacy is not confined to engagements between senior leaders, but is equally strengthened through professional military education. He highlighted that training, learning and building enduring professional friendships among officers are essential in fostering mutual understanding and strengthening regional defence cooperation.

The Commander of the RBLF then presented certificates and awards to the course participants. The Best Student Award was presented to Major Rex Irving N. Lanquino from the Philippine Army, while the RBLF Commendation Award was presented to Major Pengiran Abd Malek bin Pengiran Bidin from the Training Institute RBAF.

The AASTC aims to enhance officers’ capabilities in planning and executing tactical operations at both the Battalion and Joint levels, thereby preparing them for future appointments and greater responsibilities within a joint operational environment.

ACARA PENUTUP KURSUS ALL ARMS STAFF AND TACTICS (AASTC) 2026

BERAKAS GARISON, Rabu, 05 Ogos 2026 – Acara Penutup Kursus All Arms Staff and Tactics (AASTC) 2026 telah diadakan di Mess Pegawai, Berakas Garison. Seramai 21 orang pegawai telah berjaya menamatkan kursus tersebut, termasuk empat orang pegawai antarabangsa yang terdiri daripada seorang wakil masing-masing daripada Angkatan Tentera Filipina (AFP), Tentara Nasional Indonesia (TNI), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Kursus selama lapan minggu tersebut telah dilaksanakan dari 15 Jun hingga 7 Ogos 2026 di Pusat Latihan Gabungan Tempur (PULGAT), Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pemerintah TDDB, Ketua Staf TDDB, Atase

Pertahanan Republik Filipina, Atase Pertahanan Republik Indonesia, Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Penolong Penasihat Pertahanan Republik Singapura, serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah Al-Baqarah ayat 247 hingga 251 yang dipimpin oleh Leftenan Komander Haji Ahmad Ahdaa bin Haji Ahmad, TLDB, mewakili para peserta kursus tahun ini. Seterusnya, ulasan kursus telah disampaikan oleh Mejar Pengiran Haji Md Razif bin Pengiran Haji Idros. Pemerintah TDDB kemudiannya menyampaikan ucapan penutup, yang mana beliau menegaskan bahawa diplomasi pertahanan tidak hanya terbatas kepada pertemuan antara pemimpin kanan tentera, malah turut diperkukuhkan melalui pendidikan ketenteraan profesional. Beliau turut menekankan bahawa latihan bersama, perkongsian ilmu serta pembinaan hubungan profesional yang berkekalan dalam kalangan pegawai adalah penting dalam memupuk persefahaman bersama dan memperkukuhkan kerjasama pertahanan serantau.

Acara diteruskan dengan penyampaian sijil dan anugerah yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat kepada para peserta kursus. Anugerah Pelajar Terbaik telah disampaikan kepada Mejar Rex Irving N. Lanquino dari Tentera Darat Filipina, manakala RBLF Commendation Award telah disampaikan kepada Mejar Pengiran Abd Malek bin Pengiran Bidin dari Institut Latihan ABDB.

Kursus AASTC bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pegawai dalam merancang dan melaksanakan operasi taktikal di peringkat Batalion dan Operasi Bersama, sekali gus mempersiapkan mereka untuk menyandang jawatan pada masa hadapan serta memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam persekitaran operasi bersama.