Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

INAUGURATION CEREMONY OF TWO RBAF PUBLICATIONS AND RBAF PUBLICATIONS CORNER AT DEFENCE ACADEMY RBAF


TANAH JAMBU, Monday, 21 February 2022 - An inauguration ceremony of two Royal Brunei Armed Forces (RBAF) publications: Policy Guidance Workplace Harassment and RBAF Leadership Handbook (Training) and RBAF Publication Corner was held today at the Auditorium and Library Defence Academy RBAF (DA RBAF), Kampong Tanah Jambu. The RBAF Publications Corner includes several RBAF publications comprising books that were published by the Royal Brunei Land Force (RBLF). The ceremony was conducted in accordance with the Ministry of Health's COVID-19 pandemic guidelines.

Present as the guest of honour was Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAF. Also present were Acting Permanent Secretary, Commandant DA RBAF, Commandant Training Institute RBAF, Military Directors and Director of Administration and Manpower, who were also recipients of the published books. 

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT). The ceremony proceeded with the inauguration of the two publications by the Guest of Honour, followed by the recitation of Doa Selamat to bless the occasion. 

The ceremony then continued with the opening of the RBAF publication corner at the DA RBAF Library that will shelf around 100 of the RBAF's best publications including 5 newly published books and magazines from RBLF. The books include Buku Kumpulan Titah dan SabdaBuku Projek Titian Amal 2007–2021, Majalah Parajurit Edisi KhasMajalah Semangat Waja Edisi 1/2021Majalah Ihya Ramadhan TDDB 1442H/2021M. The ceremony concluded with a visit from the guest of honour to the publication shelves and a group photo session.

This corner is launched to support RBAF Commander's vision in cultivating a reading culture in the Ministry of Defence and RBAF and upholding the government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam's initiative in producing a nation of readers. This corner is also hoped to inspire other units to establish a similar reading corner, which will also support professional development in the Ministry of Defence and RBAF.

 


MAJLIS PELANCARAN DUA BUKU TERBITAN ABDB DAN SUDUT PENERBITAN ABDB DI AKADEMI PERTAHANAN ABDB

TANAH JAMBU, Isnin, 21 Februari 2022 – Majlis pelancaran dua buku terbitan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) iaitu Panduan Dasar Gangguan Di Tempat Kerja ABDB dan Buku Panduan (Latihan) Kepimpinan ABDB dan Sudut Penerbitan ABDB telah disempurnakan pada hari ini bertempat di Dewan Auditorium dan Perpustakaan Akademi Pertahanan ABDB (AP ABDB), Kampong Tanah Jambu. Sudut Penerbitan ABDB tersebut memuatkan beberapa buku-buku penerbitan ABDB termasuk buku-buku penerbitan daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Majlis tersebut telah dilaksanakan mengikut garis panduan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Hadir selaku tetamu kehormat adalah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB. Turut hadir dan menerima buku-buku tersebut adalah Pemangku Setiausaha Tetap, Komandan AP ABDB, Komandan Institut Latihan ABDB, Pengarah-pengarah Tentera dan Pengarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT) dan diteruskan dengan pelancaran dua buku terbitan ABDB oleh Tetamu Kehormat serta diikuti dengan bacaan Doa Selamat bagi memberkati majlis.

Majlis diteruskan dengan pelancaran Sudut Penerbitan ABDB di Perpustakaan AP ABDB yang memuatkan kira-kira 100 penerbitan terbaik ABDB termasuk 5 buah buku dan majalah terbitan terbaru daripada TDDB. Buku-buku tersebut adalah Buku Kumpulan Titah dan Sabda, Buku Projek Titian Amal 2007–2021, Majalah Parajurit Edisi Khas, Majalah Semangat Waja Edisi 1/2021, Majalah Ihya Ramadhan TDDB 1442H/2021M. Majlis kemudian diakhiri dengan kunjungan tetamu kehormat ke rak penerbitan tersebut sebelum diteruskan dengan sesi bergambar ramai. 

Sudut ini dilancarkan adalah untuk menyokong visi Pemerintah ABDB bagi memupuk budaya membaca dikalangan warga Kementerian Pertahanan dan ABDB serta bagi menjunjung inisiatif kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam membina negara pembaca. Selain daripada itu, sudut ini juga bertujuan memberi inspirasi kepada unit lain untuk mewujudkan sudut bacaan yang sama, yang juga akan menyokong pembangunan profesional dalam Kementerian Pertahanan dan ABDB.