Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

THIRD BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE CONDUCTS EXERCISE RETAK KACA III


BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 02 July 2021 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) has conducted Exercise RETAK KACA III to kickstart the Battalion's month of Internal Security Duties which commenced from July 2021 to September 2021 in accordance with the RBLF's Operation Exercise. The exercise was conducted by B Company and C Company of 3Bn RBLF as well as the supporting elements of the Military Transport and Logistics of 3Bn RBLF.

The exercise demonstrated the movement of military personnel and assets to designated locations in the area of Brunei Muara District. The deployment which commenced during the evening was intended to try out the capabilities during the night in order to find gaps and to enhance any shortfalls for upcoming events. The exercise scenario was based on requirements when needed to secure and protect any needed requirements for national securities purposes.

The aim of the exercise is to ensure RBLF, in particular, 3Bn RBLF are well-prepared and equipped especially for the Infantry Battalions. Moreover, it serves to increase the competencies of Battalion personnel and further enhance the drills involved in ensuring coordinated Company and Battalion operations.



BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI LAKSANAKAN EKSESAIS RETAK KACA III

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 02 Julai 2021 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah melaksanakan Eksesais RETAK KACA III bagi persediaan untuk memulakan tugasan bulan Tugas Keselamatan Dalam Negeri yang bermula pada bulan Julai hingga bulan September mengikut jadual yang telah ditetapkan dalam Operasi Latihan TDDB. Eksesais tersebut telah dilaksanakan oleh Kompeni B dan Kompeni C 3Bn TDDB dengan sokongan Pengangkutan Tentera dan Logistik daripada 3Bn TDDB.

Eksesais tersebut telah mempamerkan pergerakan tentera daripada anggota dan aset tentera ke kawasan yang telah ditetapkan iaitu di kawasan Daerah Brunei dan Muara. Perlaksanaan kerahan tersebut dilakukan bermula pada awal malam dengan tujuan untuk mencuba kebolehan operasi pada waktu malam bagi mencari jurang dan memperbaiki apa saja kekurangan untuk persiapan bagi acara masa akan datang. Senario latihan ini adalah untuk melatih anggota-anggota dalam memberikan bantuan dan sokongan jika diperlukan bagi keselamatan dalam negeri.

Tujuan latihan ini adalah untuk memastikan anggota-anggota TDDB amnya dan 3Bn TDDB khasnya, sentiasa dalam keadaan bersiap sedia. Di samping itu, latihan ini juga bertujuan untuk menghalusi kecekapan anggota batalion dan meningkatkan lagi latihan-latihan dalam operasi sepadu di peringkat kompeni dan Batalion.