BRUNEI, Monday, 18th March 2024 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) in collaboration with the Religious Directorate of Royal Brunei Armed Forces (JAMA’AT RBAF) held a series of Zuhor Religious lectures in respective suraus within RBLF camps including Pulau Baru-Baru Mosque.

Attended by officers and personnel of RBLF, the programme commenced with a mass Zuhor Prayers, followed by the lecture delivered by speakers from JAMA’AT ABDB with a title “Ramadhan Bulan Berdampingan Dengan Al-Quran”.

The Zuhor Religious lectures was part of the Ihya Ramadhan and Outreach Programme conducted throughout the holy month of Ramadhan that will feature religious and community outreach activities including Sunat Tarawih and Witir prayers, religious lectures, Tadarus Al-Quran, cleaning campaigns at mosques and cemeteries.



KULIAH ZUHOR MENYEMARAKKAN BULAN RAMADHAN

BRUNEI, Isnin, 18 Mac 2024 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan kerjasama Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT ABDB) terus menyemarakkan lagi bulan Ramadhan 1445H yang penuh keberkatan dengan mengadakan Kuliah Zuhor bertempat di beberapa surau perkhemahan TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.

Pegawai – pegawai dan anggota TDDB hadir bagi kuliah berkenaan yang dimulakan dengan menunaikan sembahyang Fardhu Zuhor berjemaah, diikuti dengan sesi kuliah bertajuk “Ramadhan Bulan Berdampingan Dengan Al-Quran” yang disampaikan oleh penceramah dari JAMA’AT ABDB.

Kuliah Zuhor merupakan sebahagian dari Program Ihya Ramadhan dan Program Jangkauan Masyarakat yang dianjurkan sempena bulan suci Ramadhan. Ia turut diserikan dengan pelbagai rancangan aktiviti keugamaan dan kemasyarakatan termasuk menunaikan Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir, kuliah agama, Tadarus Al-Quran, kempen membersihkan masjid dan tanah perkuburan.