BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 26 October 2023 – In conjunction of the Royal Brunei Land Force (RBLF) 62nd Anniversary, the Royal Brunei Land Force (RBLF) held the recitation of Surah Yassin and Tahlil for Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman and Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji ‘Abdul ‘Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah at the Royal Mausoleum.

Present at the Royal Mausoleum was Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of Royal Brunei Land Force, Field Commander Royal Brunei Land Force, Chief of Staff Royal Brunei Land Force, Senior Officers, Officers, Land Force Sergeant Major and Royal Brunei Land Force Personnel.

The function began with the recitation of Surah Yassin and Tahlil followed by Doa Tahlil and Doa Peliharakan Sultan ended by recitation of Surah Al-Asr and Tasbih Kaffarah led by Lieutenant Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Awg Ahmad from RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). 

 

MAJLIS MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE-62

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Oktober 2023 – Sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang ke-62, Tentera Darat Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yassin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah diadakan di Kubah Makan Diraja.

Rombongan berkenaan dihadiri oleh Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Pemerintah Medan Tentera Darat Diraja Brunei, Ketua Staf Tentera Darat Diraja Brunei, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Sarjan Mejar Tentera Darat dan Anggota-Anggota Tentera Darat Diraja Brunei.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil diikuti dengan bacaan doa tahlil dan doa Peliharakan Sultan dan diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr dan Tasbih Kaffarah yang dipimpin oleh Leftenant Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Awg Ahmad, daripada Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).