PENANJONG GARRISON, Thursday, 12 October 2023 – Colonel Lim Teck Keong, Chief of Staff, 9th Singapore Division/Infantry Singapore Armed Forces (SAF) made a working visit to Binturan Range, Penanjong Garrison today for the Pre ASEAN-Armies Rifle Meet (Pre-AARM) joint training as part of his three-days visit to Brunei Darussalam. The Pre AARM joint training between Singapore Shooting Contingent and Brunei Shooting Contingent were held from 8 October 2023 until 14 October 2023.
Also present were Colonel Peter Chee, Defence Adviser Republic of Singapore to Brunei Darussalam, Senior Officers, officers and personnel of RBLF. Upon arrival at Gallery 1, Chief of Staff, 9th Singapore Division/Infantry SAF and delegation was welcomed by Lieutenant Colonel Pengiran Ridzamfaizal bin Pengiran Haji Salleh, Brunei’s Contingent Commander for the 31st AARM. The visit started with a presentation of the joint training progression, followed by signing of parchment and visit to the ranges.
The aim of the joint training is to prepare both contingents for the 31st AARM competition which will be held in Thailand from 16 November 2023 until 25 November 2023. It also serves to enhance and sharing of knowledge on shooting skills for both contingent as well as to boost further the bilateral relationship between Brunei Darussalam and Republic of Singapore.
LAWATAN KERJA KETUA STAF DIVISYEN KE 9 INFANTRI, ANGKATAN BERSENJATA REPUBLIK SINGAPURA BAGI LATIHAN DUA HALA PRE ASEAN ARMIES RIFLE MEET (AARM)
PENANJONG GARISON, Khamis, 12 Oktober 2023 – Kolonel Lim Teck Keong, Ketua Staf Divisyen ke 9 Infantri, Angkatan Bersenjata Republik Singapura (ABRS) telah membuat lawatan kerja pada hari ini di Padang Tembak Binturan untuk latihan dua hala Pre ASEAN Armies Rifle Meet (Pre-AARM) sebagai sebahagian daripada lawatan tiga hari beliau ke Negara Brunei Darussalam. Latihan dua hala atau Pre-AARM di antara Pasukan Menembak Republik Singapura dan Pasukan menembak Negara Brunei Darussalam telah berlangsung pada 8 Oktober 2023 hingga 14 Oktober 2023.
Turut hadir ialah Kolonel Peter Chee, Penasihat Pertahanan Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai – pegawai dan anggota TDDB. Sejurus ketibaan, Leftenan Kolonel Pengiran Ridzamfaizal bin Pengiran Haji Salleh, Ketua Kontinjen AARM ke-31 telah menyambut Ketua Staf Staf Divisyen ke 9 Infantri, ABRS dan rombongan di Galeri 1. Lawatan dimulakan dengan pembentangan ringkas mengenai perkembangan latihan, diikuti dengan penandatanganan lembaran kenangan dan lawatan ke padang tembak.
Latihan dua hala ini bertujuan untuk mempersiapkan kedua-dua kontinjen bagi perlawanan AARM ke 31 yang akan diadakan pada 16 November 2023 hingga 25 November 2023 di Thailand. Ia juga diharapkan untuk berkongsi pengetahuan mengenai kemahiran menembak, di samping meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.