BANGAR CAMP, Wednesday, 6 May 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) hosted a brunch session in conjunction with the official Working Visit by Yang Berbahagia General Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, Chief of Defence Force of Malaysia, to Brunei Darussalam, held at Bangar Camp, Temburong.

Upon arrival, Yang Berbahagia General Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman was received by Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the RBLF, together with senior officers, officers, and personnel of the RBLF.

The visit commenced with a tree-planting ceremony, held to commemorate his visit to Bangar Camp, followed by a group photo session. The delegation then proceeded to the Officers’ Mess for brunch, and concluded with a signing of the commemorative parchment, during which the Chief of Defence Force of Malaysia received a memento presented by the Commander of the RBLF.

Yang Berbahagia General Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman is on an official visit to Brunei Darussalam from 4th to 6th May 2026.

LAWATAN KERJA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE PERKHEMAHAN BANGAR

PERKHEMAHAN BANGAR, Rabu, 6 Mei 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menganjurkan sesi makan tengah hari sempena Lawatan Kerja oleh Yang Berbahagia Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, bertempat di Perkhemahan Bangar, Temburong.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB, bersama pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota TDDB.

Lawatan dimulakan dengan acara penanaman pokok sebagai simbolik memperingati kunjungan beliau ke Perkhemahan Bangar, diikuti dengan sesi bergambar ramai. Delegasi seterusnya bergerak ke Mess Pegawai untuk makan tengah hari dan kemudian diakhiri dengan sesi menandatangani lembaran kenangan, di mana Yang Berbahagia Datuk turut menerima cenderamata yang disampaikan oleh Pemerintah TDDB sebagai sebahagian daripada aturcara lawatan.

Yang Berbahagia Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman berada di Negara Brunei Darussalam dari 4 hingga 6 Mei 2026.