Selasa 15 Mei 2018 – Upacara Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen (SMR) bagi Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Batalion Bantu TDDB dan Khidmat Bantuan Kombat TDDB telah diadakan secara serentak di unit masing-masing.

Upacara perbarisan dimulakan dengan memeriksa perbarisan dan diteruskan dengan perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat yang diketuai oleh Sarjan Mejar Kawad unit masing-masing. Upacara diteruskan lagi dengan upacara serah terima tugas SMR yang baru dan lama dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas SMR.

Batalion Pertama TDDB telah menyaksikan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas SMR di antara Yang Mulia PW1 Mohammad Khairuddin bin Mohd Noor dan Yang Mulia PW1 Azami bin Omar. Batalion Bantu TDDB telah dilaksanakan di antara Yang Mulia PW1 Suhardi bin Haji Asli dan Yang Mulia PW1 Sahrol bin Haji Omar. Manakala bagi Khidmat Bantuan Kombat TDDB penyerahan serah terima tugas telah diadakan di antara Yang Mulia PW1 Johari bin Haji Lamit dan Yang Mulia PW1 Mohammad Khairuddin bin Mohd Noor.