BOLKIAH GARISON, Juma’at 20 Julai 2018 – Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Depoh Logistik Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telahpun diadakan bertempat di Pejabat Markas Depoh Logistik, Bolkiah Garison.
Upacara tersebut dimulakan dengan ketibaan Pemangku Pegawai Pemerintah Depoh Logistik yang baru iaitu Yang Mulia Mejar Azhar bin Matzan dan Pegawai Pemerintah Depoh Logistik yang lama, Yang Mulia Leftenan Kolonel Amilin bin Hj Mohamad Gani @Hj Junit. Ianya diteruskan dengan penandatanganan dokumen serah terima tugas Pegawai Pemerintah Depoh Logistik bertempat di Bilik Mesyuarat Depoh Logistik dengan disaksikan oleh Pegawai – Pegawai dan Pegawai Waran Penguasa Unit Depoh Logistik.
Pegawai Pemerintah Depoh Logistik yang lama, juga seterusnya berkesempatan untuk menyampaikan ucapan yang mana beliau menyatakan untuk terus saling memberikan sokongan padu kepada pemimpin yang baru dan memberikan peringatan tentang kepentingan disiplin dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
Upacara diakhiri dengan jamuan ringan dan sesi ramah mesra bersama mantan Pegawai Pemerintah Depoh Logistik dengan semua warga Depoh Logistik dan diikuti dengan sesi bergambar ramai.

