BERAKAS GARISON, Jumaat 21 September 2018 –
Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah berlangsung di Padang Kawad Batalion Pertama Berakas Garison.
Majlis Serah Terima tersebut adalah diantara Yang Mulia Leftenan Kolonel Tamin bin Tuah selaku Pegawai Pemerintah yang menyerahkan tugas kepada Yang Mulia Mejar Haji Mushiri Zulkhibri bin Haji Awang, Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat KBK TDDB yang mengambil alih tugas bermula 3 September 2018.
Sejurus ketibaan Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat KBK TDDB, Leftenan Kolonel Tamin bin Tuah menerima tabik hormat dan diikuti dengan memeriksa kawalan perbarisan yang terdiri daripada anggota-anggota Kejuruteraan Darat KBK TDDB dan Pasukan Pancaragam Serunai dan Tambur 2Bn TDDB. Perbarisan tersebut diketuai oleh Kapten Hisham bin Haji Mahmud.
Majlis diteruskan dengan ucapan Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat KBK TDDB diikuti dengan upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas serta penyerahan Plak Kejuruteraan sebagai tanda penyerahan rasmi tampuk pimpinan kepada Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat KBK yang baru.
Turut hadir bagi menyaksikan majlis tersebut adalah jemputan-jemputan khas yang terdiri daripada Pegawai Turus Pemeliharaan Jabatanarah Logistik, Pegawai Turus Perumahan Kementerian Pertahanan, Pegawai-Pegawai Markas KBK TDDB, anggota-anggota tentera, TEMD dan Awam dibawah naungan Kejuruteraan Darat KBK TDDB.
