PENANJONG GARISON, Isnin 19 Februari 2018 – Majlis Serah terima tugas Pegawai Pemerintah Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei telah berlangsung di Padang Kawad Batalion Bantu TDDB, penanjong Garison. Leftenan Kolonel Haji Rony Zai Bin Haji Zaini kini adalah Pegawai Pemerintah batalion bantu TDDB yang baru setelah secara rasmi mengambil alih jawatan tersebut dari Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri Bin Pengiran Haji Rosli dalam majlis yang dihadiri oleh pegawai-pegawai dan lain lain peringkat.
Sebaik tiba di padang kawad, Pegawai Pemerintah Batalion Bantu, Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri Bin Pengiran Haji Rosli menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Batalion Bantu TDDB di bawah perintah Ketua Perbarisan, Mejar Masmun Bin Haji Kassim.
Acara diteruskan dengan ucapan daripda Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri Bin Pengiran Haji Rosli dan diikuti dengan upacara menandatangani sijil serah terima tugas jawatan pegawai pemerintah batalion bantu TDDB. Dengan ini menandakan secara rasmi upacara serah terima tugas, doa selamat telah dibacakan oleh Ustaz Batalion Bantu Ustaz Haji Shahrul Azrimin Bin Haji Bidin bagi memberkati majlis. Setelah Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri Bin Pengiran Haji Rosli meninggalkan majlis perbarisan, Leftenan Kolonel Haji Rony Zai Bin Haji Zaini menerima tabik hormat bagi menandakan penerimaan jawatan Pegawai Pemerintah Batalion Bantu TDDB yang baru seterusnya memeriksa barisan kawalan kehormatan dan diikuti dengan ucapan daripda beliau. Dan setelah itu warga Batalion Bantu beredar ke rumah masak untuk menikmati jamuan dan besalam dengan Pegawai Pemerintah yang baru dan lama.
Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri Bin Pengiran Haji Rosli mula berkhidmat sebagai Pemerintah Batalion Bantu TDDB sejak 2 November 2015 sehingga pada tarikh majlis serah terima tugas ini dilangsungkan



