REPUBLIC OF SINGAPORE, Tuesday, 12 May 2026 – Two personnel from the Medical Services, Royal Brunei Land Forces (RBLF), namely Lance Corporal Nadzri bin Wira Ali and Lance Corporal Mohamad Salihin bin Mohamad Yassin, had completed the Emergency Medical Technician Specialist Cadet Course (EMTSCC) conducted at the Singapore Armed Forces Medical Training Institute (SMTI), Republic of Singapore, from 11th February 2026 to 12th May 2026.

The 13-week course exposed participants to military medical training, emergency response procedures and operational healthcare practices, enhancing the operational readiness and capabilities of Medical Services personnel in supporting the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). The course also equipped participants with technical, practical and leadership competencies to strengthen their instructional capabilities and professional development in military healthcare operations.

DUA ANGGOTA KHIDMAT PERUBATAN DAN KESIHATAN MENAMATKAN EMTSCC

REPUBLIK SINGAPURA, Selasa, 12 Mei 2026 – Dua anggota daripada Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), iaitu Lans Koperal Nadzri bin Wira Ali dan Lans Koperal Mohamad Salihin bin Mohamad Yassin, telah menamatkan Emergency Medical Technician Specialist Cadet Course (EMTSCC) yang dikendalikan di Singapore Armed Forces Medical Training Institute (SMTI), Republik Singapura, dari 11 Februari 2026 hingga 12 Mei 2026.

Kursus selama 13 minggu tersebut telah mendedahkan peserta kepada latihan perubatan ketenteraan, prosedur tindak balas kecemasan dan amalan perkhidmatan kesihatan operasi, sekali gus meningkatkan kesiapsiagaan serta keupayaan operasi anggota Khidmat Perubatan dan Kesihatan dalam menyokong keperluan operasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Kursus ini turut melengkapkan peserta dengan kompetensi teknikal, praktikal dan kepimpinan bagi memperkukuhkan keupayaan pengajaran serta pembangunan profesional dalam operasi perkhidmatan kesihatan ketenteraan.