DAERAH TUTONG, Rabu 12 September 2018 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) berserta rombongan telah membuat tinjauan ke Empangan Benutan dan Kg Belabau.

Aturcara tinjauan bermula dengan Yang Mulia Pemerintah TDDB dijemput ke Empangan Benutan bagi sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Leftenan Md Muzaini bin Haji Awang, Pegawai Perisik 2Bn TDDB dan diteruskan dengan sesi bergambar ramai.

Pada pagi itu rombongan Yang Mulia Pemerintah TDDB meneruskan lagi aturcara tinjauan melawat kawasan prasarana Empangan Benutan mengunakan Katamaran. Pada sebelah tengah hari rombongan lawatan Yang Mulia Pemerintah juga dijemput ke rumah Penghulu Mukim Rambai untuk menikmati jamuan makan tengahari.

Aturcara diteruskan dengan tinjauan ke Kg Belabau bersama dengan orang kampong yang pernah menetap di kawasan tersebut. Tinjauan disudahi dengan makan petang di Mess Pegawai 2Bn TDDB.

Dengan lawatan ini telah menzahirkan keperihatinan Yang Mulia Pemerintah TDDB terhadap kesejahteraan dan kebajikan serta memperkasakan semangat kesatuan dan mengeratkan hubungan silaturrahim diantara Pemerintah TDDB dan warga TDDB serta penduduk Kampung Daerah Tutong.