KUALA BELAIT, Saturday, 22 July 2023 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) had the honour to come together with the Belait District communities to meet and greet His Majesty on his 77th Birthday. Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat or Meet and Greet event was held today at the Municipal Field, Jalan Sultan where 3Bn RBLF showcased a remembrance of events in the audience of His Majesty with officers and personnel of 3Bn RBLF.

THIRD BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE PARTICIPATES IN HIS MAJESTY’S RAMAH MESRA IN BELAIT DISTRICT

The celebration began with the national anthem, “Allah Peliharakan Sultan” and followed with performances by students and youth members. His Majesty then made the tour to the booths, where he was greeted by senior citizens, frontliners, residents, and representatives from the 3Bn RBLF and British Forces Brunei.

Upon arrival at the 3Bn booth, His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was greeted by Lieutenant Colonel Erawan bin Haji Abu Bakar, Commanding Officer 3Bn RBLF. Also present were officers and personnel of 3Bn RBLF. Next  His Majesty and the Royal Family attended a luncheon at the residence of the Belait District Officer before leaving the celebration.

The Majlis Ramah Mesra was held annually in all districts of Brunei Darussalam as a symbol of His Majesty’s kindness, love and care to his people.




TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SERTAI MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA RAKYAT DI DAERAH BELAIT

KUALA BELAIT, Sabtu, 22 Julai 2023 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei dengan penuh sukacita dan berbangga bersama rakyat dan penduduk Daerah Belait menyertai Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat sempena  sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke 77 tahun. Majlis tersebut telah berlangsung pada hari ini di Padang Bandaran, Jalan Sultan yang mana 3Bn TDDB mempamerkan gambar kenangan KDYMM bersama pegawai dan anggota 3Bn TDDB.

Sambutan dimulakan dengan Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ dan diikuti dengan beberapa persembahan daripada penuntut-penuntut dan majlis belia. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kemudian dijunjung berangkat bagi melawat khemah-khemah yang terdiri daripada warga emas, barisan hadapan dan penduduk-penduduk Daerah Belait termasuk 3Bn TDDB dan British Forces Brunei.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke khemah 3Bn TDDB disambut mesra oleh Leftenan Kolonel Erawan bin Haji Abu Bakar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dan anggota-anggota 3Bn TDDB. Sebelum berangkat balik, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta Kerabat Diraja dijunjung berangkat bagi Majlis Santap di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait.

Majlis Ramah Mesra ini diadakan setiap tahun di semua daerah di Negara Brunei Darussalam sebagai lambang kasih sayang dan pemedulian Baginda kepada semua lapisan rakyat.