
KUALA BELAIT, Tuesday, 13 July 2021 – In conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 60th Diamond Jubilee anniversary, Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) held a cleaning campaign at Kampong Sungai Teraban Mosque, Kuala Belait. A total of 11 personnel from 3Bn RBLF were involved during the campaign.
The campaign is an activity under the RBLF Community Program under the RBAF 60th Diamond Jubilee anniversary. The campaign also aims to inculcate teamwork and maintaining cleanliness as encouraged in Islam. It also aims to further enhance spiritual development and strengthen bonds among RBLF personnel as well as to foster a desire to serve and contribute back to the community.

BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MELAKSANAKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI MASJID KAMPUNG SUNGAI TERABAN SEMPENA HUT JUBLI INTAN ABDB YANG KE 60
KUALA BELAIT, Selasa, 13 Julai 2021 – Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke 60, Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan kempen kebersihan di Masjid Kampung Sungai Teraban. Seramai 11 anggota dari 3Bn TDDB telah terlibat dalam melaksanakan kempen tersebut.
Kempen ini merupakan salah satu program yang dirancang dari Aktiviti Kemasyarakatan TDDB dalam menyambut Hari Ulang Tahun Jubli Intan ABDB yang ke 60 tahun. Kempen tersebut bertujuan untuk menyemai serta menanamkan sikap bergotong-royong dan sikap suka menjaga kebersihan, yang sememangnya digalakkan dalam Islam. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan lagi pembangunan kerohanian dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan warga TDDB serta memupuk keinginan untuk berbakti dan menyumbang kepada masyarakat.